Selepas TuI4r Gambar Rumah Dekat Pangsapuri Berubah Jadi Teres, Ini Jawapan Dari MBPJ

Kuala Lumpur – “Rumah flat, selera teres.” Itu antara reaksi netizen selepas melihat gambar yang memaparkan dua unit rumah flat diubah suai seakan-akan sebuah rumah dua tingkat.

Mana tidaknya, rumah tersebut turut mempunyai balkoni yang tersergam indah malah sekali pandang persis mini banglo.

Ruang lantai di tingkat satu pula kelihatan lebih besar dari bahagian bawahnya dan dipercayai mempunyai lebih daripada tiga bilik bagi setiap unit.

Jika diteliti secara terperinci, kemungkinan kedua-dua aras tersebut dihuni oleh keluarga yang sama kerana rekaan dan penggunaan pintu sliding di bahagian bawah dilihat seolah-olah pintu utama bagi sebuah kediaman.

Kredit : HM/FB/onlinemalaya

Be the first to comment on "Selepas TuI4r Gambar Rumah Dekat Pangsapuri Berubah Jadi Teres, Ini Jawapan Dari MBPJ"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*