Imam Ditahan Polis, Dikesan Berlumba Motor Bersama Rakan

Shah Alam – Seorang lelaki dipercayai imam di sebuah surau yang disyak1 berlumba motosikal bersama rakannya ditahan polis di Lebuhraya Klang Baru (NKVE) pada Ahad, lapor Sinar Harian.

Merujuk Sinar Harian, aks1 lumba berkenaan dilakukan ketika imam tersebut masih berpakaian jubah dan baru sahaja selesai mengimamkan solat sunat tarawih di sebuah surau di Klang.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, dua penunggang terbabit ditahan pada pukul 2 pagi selepas aksi mereka dikesan Ops Samseng Jalanan oleh Unit Risikan Operasi JSPT.

“Pemantauan mendapati dua penunggang itu melakukan aks1 superman, bersaing sesama sendiri dan zig-zag yang membhayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

“Polis telah meny1ta dua motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R untuk tindakan lanjut,” katanya, memetik Sinar Harian.

Difahamkan, imam tarawih yang masih berusia 20 tahun itu merupakan bekas pelajar tahfiz.

Menurut Sinar Harian, kedua-dua mereka yang masing-masing berumur 20 dan 22 tahun itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Shah Alam untuk disoal siasat dibawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan.

Sumber: Sinar Harian

Be the first to comment on "Imam Ditahan Polis, Dikesan Berlumba Motor Bersama Rakan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*