Detlk Cem4s Apabila Seorang Kanak-Kanak Berusia 3 Tahun Tersangkut Di Eskalator S̷ebuah Pus̷at Beli Belah Terkenal Berdekatan Hospital Serdang.

PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun berdepan det1k cem4s selepas kakinya tersangkut di eskalator dalam kejadian di sebuah pusat membeli belah, di sini pada Ahad.

Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecem4san sekitar 1.48 petang tadi, sebelum anggota penyelamat tiba di lokasi kejadian pada pukul 2.01 petang.

Seramai tujuh anggota digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.

Jelas kenyataan itu lagi, kejadian dipercayai berlaku ketika mngsa sedang menuruni eskalator di tingkat dua pusat beli belah berkenaan, sebelum kaki kanan kanak-kanak mal4ng itu tersangkut.
“Kaki mngsa berjaya dikeluarkan.

“Mangsa diserahkan kepada ambulans Hospital Serdang untuk tindakan selanjutnya. Kanak-kanak berusia tiga tahun itu dalam keadaan selamat,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis ketika dihubungi Astro AWANI mengesah kejadian tersebut.

Jelas beliau, sebelum kejadian mngsa bersama ayah dan ibunya sedang mencari keperluan hari raya.

“Kemungkinan kaki dia berada di tepi antara rak eskalator,” katanya.

Bernama pula melaporkan pihak pengurusan pusat membeli belah telah menutup sementara operasi eskalator susulan kejadian tersebut.

Setakat ini punca kejadian masih belum disahkan.

Kredit-BH, Awani, Utusan, Sinar

Be the first to comment on "Detlk Cem4s Apabila Seorang Kanak-Kanak Berusia 3 Tahun Tersangkut Di Eskalator S̷ebuah Pus̷at Beli Belah Terkenal Berdekatan Hospital Serdang."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*