Suami Balik Rumah Lambat, Isteri Nek4d Kunci Pagar Taman Perumahan

Hanya kerana pulang lewat ke rumah, seorang lelaki berkongsi det1k yang tidak akan dilupakan olehnya apabila si isteri bertindak mengunci pagar untuk masuk taman perumahan mereka.

Isteri kunci pagar taman perumahan

Video berkenaan dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok dikenali sebagai Muhammad Izzat yang sedang menunggu isterinya untuk membuka pagar utama taman perumahannya itu kerana wanita tersebut bertindak menguncinya. Difahamkan, isterinya bertindak sedemikian kerana si suami pulang lewat ke rumah.

Balik lewat isteri tak kunci rumah tapi isteri kunci pagar taman perumahan.

Di dalam video berkenaan turut kelihatan raut wajah isterinya seperti ingin mar4h, namun lelaki berkenaan tidak takut malah sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa jika video yang dimuat naik olehnya itu tvlar, dia akan berkahwin dua.

Naik FYP aku kahwin dua lah guys. Tak g0yang punya.

Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi 19 saat itu meraih lebih satu juta tontonan dan mendapat lebih 112 ribu tanda suka di TikTok.

Video penuh

‘Satu taman kena balik awal’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan tindakan pasangan suami isteri tersebut. Malah ada juga di antara mereka yang berseloroh dengan mengatakan bahawa wanita berkenaan adalah ‘akak kawasan’.

Sumber : ejatismail

Be the first to comment on "Suami Balik Rumah Lambat, Isteri Nek4d Kunci Pagar Taman Perumahan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*