Menɑkjubkɑn, Mintɑ lzin Ibu Untuk Pelvk IsIɑm PɑdɑhɑI Umur Bɑru Cecɑh 9 Tɑhun. Mɑshɑ Allɑh, Siɑp Berserbɑn Lɑgi Di Mɑsjid.

Hidayah itu milik Allah. Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam (Surah Al-An’aam: 125).


Maksud ayat berkenaan, tanpa mengira latarbelakang, sejarah silam mahupun usia seseorang, jika Allah berkehendak, sekali gus individu tersebut boleh berubah 360 darjah.

Begitulah dengan kisah kanak-kanak ini yang dikongsi oleh seorang lelaki bernama Muhammad Bilal, menerusi laman Instagram miliknya.

Baru-baru ini, Bilal memuat naik sebuah posting berupa rakaman video memaparkan kanak-kanak berusia berusia sembilan itu tahun mengucap dua kalimah syahadah di hadapannya. Malah, dia mengikuti setiap bacaan kalimah dengan lancar sekali.

Menurut lelaki itu, kanak-kanak tersebut dan ibunya sering menyertai program ‘Homeless Feeds’ bersama Bilal untuk memberi makan kepada golongan gelandangan dan tertarik dengan Islam.

Bagaimanapun sebelum mengucap dua kalimah syahadah, Bilal menyuruh kanak-kanak itu supaya meminta izin ibunya terlebih dahulu.


Namun, jawapan ibunya sangat mengejvtkan! Walaupun berlainan agama, siapa sangka ibunya merestui dan berkata bahawa dia gembira dengan apa jua keputusan anak kecilnya itu dan akan sentiasa menyayangi serta menyokongnya.

“Tak semua ibu menyokong anaknya memeluk agama lain seperti ibu ini, Ma Shaa Allah. Moga Allah merahmatinya dengan cahaya Iman,” tulis Bilal menerusi sebuah perkongsian lain.

Kanak-kanak itu kini telah menukar namanya daripada ‘Rudy’ kepada nama Islam iaitu Muhammad Muzammil dan mula menghadiri solat Jumaat buat pertama kali pada minggu lepas.

Hari ini, Bilal memuat naik sebuah lagi posting menunjukkan Muzammil bersama ibunya memberi bantuan kepada seorang warga emas dengan cara menghantar bekalan makanan kepadanya. Baik sungguh hati Muzammil dan ibunya.

Suka membantu orang lain dalam kesusahan. Bertuah sungguh, kecil-kecil lagi Allah sudah diberi hidayah untuk memelvk agama Islam. Allahuakbar. Semoga menjadi anak yang soleh!

Sumber: Instagram @bilal_theyemenproject via majalah-harian.com

Be the first to comment on "Menɑkjubkɑn, Mintɑ lzin Ibu Untuk Pelvk IsIɑm PɑdɑhɑI Umur Bɑru Cecɑh 9 Tɑhun. Mɑshɑ Allɑh, Siɑp Berserbɑn Lɑgi Di Mɑsjid."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*