“Belum sempat bagi cucu pada mama…”- Gadis 24 Tahun Tak Sangka Dapat Adik

Apabila menginjak ke alam dewasa, pastinya seseorang anak tidak pernah mengharapkan dirinya akan mendapat adik terutamanya pada usia 20 tahun dan ke atas.

Namun, tiada sesiapa boleh menghalang sekiranya Allah S.W.T ingin memberikan rezeki ‘adik’ dalam kandungan ibu seperti yang dikongsikan oleh seorang gadis ini di laman TikTok miliknya.

Ibu bagi kejutan adik !

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, lycheemeraaah, dilihat berkongsi berita gembira sebaik sahaja mendapat tahu ibunya hamil pada usia 43 tahun semasa sedang membuat pemeriksaan bayi dalam kandungan.

Tambahnya,dia sama sekali tidak menyangka bakal menerima kehadiran seorang adik dalam hidupnya.

Apa ni… belum sempat bagi cucu

Pada masa yang sama, gadis berusia 24 tahun itu sempat berseloroh bahawa dia sepatutnya bagi cucu kepada ibunya.

Sebaliknya, lain pula jadinya.

Tahniah, dapat adik ….

Melihat kepada perkongsian video yang mendapat 545.5k tontonan, rata-rata warganet membanjiri di ruangan komen dengan meluahkan keterujaan dan gembira mengenai berita yang dikongsikan oleh gadis itu.

Selain itu, ada juga ntizen yang dilihat turut berkongsi pengalaman yang sama dengan gadis itu.

Apa2 tahniah diucapkan kerana dapat bakal dapat adik lagi walaupun pada usia 24 tahun dan semoga urusan ibu dipermudahkan.

Sumber: TikTok @lycheemeraaah

Be the first to comment on "“Belum sempat bagi cucu pada mama…”- Gadis 24 Tahun Tak Sangka Dapat Adik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*