Dibanjlri Lautan Manusia, Suasana Tarawih Pertama Di Masjid Hagia S0phia Selepas 88 Tahun

ISTANBUL – Buat kali pertama dalam tempoh 88 tahun, Masjid Besar Hag1a S0phia di IstanbuI, Turk1 mengadakan solat tarawih semalam.

Memetik laporan Astro Awani, detik bersejarah itu menyaksikan ribuan jemaah hadir menunaikan ibadah solat terawih pada malam pertama bulan Ramadan.

Pada 2020, statusnya kembali sebagai masjid yang dibuka untuk ibadah pada 24 Julai tahun itu.

Namun, sekatan COVID-19 di Turki menyebabkan masjid tersebut tidak digunakan bagi mengelak risiko jangkitan.

Difahamkan, Hagia Sophia dibina pada 532 sebelum masihi dan dijadikan sebagai masjid pada 1453 selepas penaklukan IstanbuI.

Sebelum itu ia digunakan sebagai gereja selama 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium. Dari 1453 hingga 1934 atau hampir 600 tahun ianya berfungsi sebagai masjid.

Pada 1985, Hagia Sophia telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.

Hagia Sophia juga merupakan antara destinasi pelancongan utama Turki dan terus dibuka untuk pelawat dari dalam dan luar negara.

Terdahulu, pihak berkuasa Turki memutuskan untuk membuka semula masjid itu pada Ramadan berikutan kebanyakan penduduk sudahpun divaksin dan jumlah kes baharu dan kemat1an semakin menurun.

Beberapa acara untuk Ramadan juga akan diadakan di masj1d itu, yang diubah suai menjadi muzium pada 1934.

Tinjauan di media sosial mendapati masyarakat setempat tidak melepaskan peluang berkongsi video dan foto suasana malam pertama solat sunat tarawih yang dibanjiri dengan lautaan manusia.

Sumber: Astro Awani, Twitter orang awam

Be the first to comment on "Dibanjlri Lautan Manusia, Suasana Tarawih Pertama Di Masjid Hagia S0phia Selepas 88 Tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*