Penyanyi Terkenal Ini ‘Rap’ Dalam Majlis Agama, Jelas Muka-Muka Ustaz Tak Selesa

Terbaharu, tular sebuah video di platform Facebook memaparkan seorang penyanyi rap dari Negeri Sembilan iaitu Waris menyanyikan sebuah lagu rap dalam majlis agama.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai kerana jelas terpampang raut wajah ustaz-ustaz di situ berasa kurang selesa dengan persembahan penyanyi itu kerana dianggap kurang sesuai.

Didapati video yang baru saja dimuat naik beberapa jam yang lalu telah mendapat perhatian ramai, sehingga ditonton sebanyak 50,000 kali dan lebih 400 komen dari ntizen yang ditinggalkan di ruangan komen.

Meninjau di ruangan komen, hampir kesemua ntizen meninggalkan komen berunsur kec4man terhadap penyanyi rap itu kerana berasa ia sememangnya tidak sesuai untuk dilakukan, lagi-lagi berada di majlis agama.

Komen2 ntizen jarang mengecew4kan..

Masalah Ini Boleh Diselesaikan Jika Ada Seseorang Menegur..Dan Bawak Budak Tu Ke Tepi. Ni Dah Abis Satu Video Dh..Believe Me, Akan Ada La Nnti Yg Akan Mainkan Isu Ini Terutamanya Non-Muslim

Buat Hal..Memang Betul2 Menguji Kesabaran..Semoga Dibukakan Pintu Hidayah Buatnya

Rembau Most Wanted 2.. Saya Ade Dengar Lagu Nie..Words Dia Bab Agama N Dunia..Kena La Dengan Majlis..Dalam Mv Dia Punya Ade Nabil Yg Dah Terlibat Ngan Karkun..Rasa Pelik Nye Lebih Dgr Rentak Kot Dari Music..Cuba Dengar Ap Yg Waris Cuba Sampai Kan.. Padu Ap Yang Dia Cuba Smpai Kan..

Kena Tukar Bahasa Malaysia Baru La Org Faham,Org Kat Situ Mana Ada Org Amerika

Lirik Mungkin Bagus, Tapi Tak Berapa Sesuai Dengan Jenis Majlis Atau Negara Kita. Malam Anugerah Nasyid Ikim Boleh Tahan Lagi.

Ehhh Ada Lagi Cik…Ingat Dah Kena Angkut..Kat Tiktok Dah V1ral Cik… Sementara Boleh Ni, Makanlaa Apa2 Ikut Suka…Nanti Dah Kena Angkut, Payah

Taklah, Yg Jmput Tu Penyanyi Tu, Mcm Xreti Tgk Keadaan Majlis Tu Utk Apa Plak. Boleh Je Mtk Dia Bawa Lagu Lain Kalau Dah Terdesak Sgt Nk Jmput Waris. Too Much Lah

Jangan Salahkan Penyanyi Tu Sorang… Salahkan Org Yg Undang Atau Jemput Dia. Sblm Majlis Kenalah Bgtau Lagu Apa Yg Sesuai Utk Dia Nyanyi.

Sumber: Beautifulnara

Be the first to comment on "Penyanyi Terkenal Ini ‘Rap’ Dalam Majlis Agama, Jelas Muka-Muka Ustaz Tak Selesa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*