Nenek Raih Perhatian, SeIamba T4ngkap UIar Sawa Besar Guna Tangan

Thailand – Seorang nenek berusia 67 tahun di Kampung Surin, wilayah Isaan meraih pujian ramai selepas dia berjaya menangkap uIar sawa besar menggunakan tangannya sahaja.

Memetik laporan The Thaiger, Prakuad “Own” Pasomsi sememangnya terkenal kerana sering menangkap ular dan dianggap oleh penduduk sebagai ‘penyelamat komuniti’.

Difahamkan, sejak tiga tahun lalu, dia menangkap uIar dengan hanya menggunakan tangannya tanpa bantuan orang lain.

Dia biasanya menangkap uIar yang tidak berb1sa dan menghubungi pasukan penyelamat untuk mengambilnya.

Ular itu seterusnya akan dilepaskan di tempat yang lebih sesuai oleh pasukan penyelamat.

“Sesetengah orang kata jika mereka lihat ular, mereka akan bunuhnya tetapi saya tidak melakukannya kerana saya kesian terhadap ular itu,” katanya.

Menurut wanita itu, dia tidak takut dengan ular dan pernah digigit sebanyak dua kali, tetapi ia tidak menyakitkan.

Dia juga berkata bahawa dia sentiasa bersedia untuk membantu jiran-jirannya dan tidak pernah meminta wang sebagai balasan.

“Saya tidak meminta apa-apa balasan, saya kesian pada mereka kerana ular itu telah memakan ayam mereka,” katanya.

Sementara itu, aksinya yang sedang memegang uIar tersebut telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook pada 28 Mac lalu, lapor Daily News.

“Penangkap ular nombor satu telah menangkap ular terbesar di kampung ini,” tulis pengguna Facebook itu.

Perkongsian itu juga dibanjiri dengan pelbagai reaksi daripada ntizen termasuk ada yang berhasrat untuk memangil nenek itu untuk menangkap ular di kawasan rumah mereka.

Tidak kurang juga, ada yang meluahkan keprihatinan terhadap warga emas itu.

“Terbaik nenek! Tetapi mohon berhati-hati kerana anda mungkin tidak mempunyai kekuatan yang cukup untuk melawan uIar itu,” kata seorang ntizen.

Terdahulu, seorang anggota penyelamat juga tular di media sosial selepas menangkap seekor uIar tedung besar menggunakan tangan di wilayah Krabi.

Menurut The Thaiger, lelaki itu berjaya menangkap uIar tedvng sepanjang 4.5 meter dan seberat 10 kilogram pada Januari lalu.

Hanya dalam masa 20 minit sahaja, dia berjaya menangkap ular itu di sebuah kawasan ladang kelapa sawit.

Sumber: The ThaigerDaily News

Be the first to comment on "Nenek Raih Perhatian, SeIamba T4ngkap UIar Sawa Besar Guna Tangan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*