[VIDEO] Selalu diberi makanan oleh pemuda ini, Ibu kucing gigih bawa anak makan sekali

Meskipun tidak dapat memelihara kucing, bagi pencinta si bulus ini apabila melihat mereka pasti perkara yang utama dilakukan dengan cepat-cepat memberikannya makanan.

Perkara itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa r1sau. Walau bagaimanapun, kisah seorang individu pengguna TikTok ini menarik tumpuan ramai untuk tampil berterima kasih kepadanya.

Ini kerana, pengguna atas nama akaun Fennyerieya berkata bahawa dia yang selalu memberikan makan buat seekor ibu kucing yang difahamkan berada berdekatan dengan kedainya.

Namun begitu, lebih menarik perhatian ramai dengan videonya itu kerana individu tersebut dapat merakam momen dimana ibu kucing itu datang memindahkan seek0r anak bulusnya agar lebih dekat dengan kedainya.

Lihat Video

Situasi itu sangat mencuit hati ntizen dan dalam pada masa yang sama berterima kasih kepada individu berkenaan kerana memberikan makan buat si ibu kucing itu dan anak bulus tersebut.

Melalui respon-respon ntizen di ruangan komen menerusi hantaran video itu di TikTok, nampaknya telatah si ibu kucing yang kecil berbanding anaknya yang gebu mengundang ntizen tercuit hati dan dalam pada masa yang sama merasa lega kerana ada yang memberikannya makan.

“Alah alah pandai ye dia…”

“Bersungguh dia gonggong anak dia tu”

Sumber : HCL via live92times.com

Be the first to comment on "[VIDEO] Selalu diberi makanan oleh pemuda ini, Ibu kucing gigih bawa anak makan sekali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*