“Saya kira kemiskin4n orang jangan dibuat mainan atau gurauan,” – Penting Jaga Bahasa & Adab, Respon Padu Fedtri Yahya

Pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya tampil memberikan pendapatnya susulan isu tvlar yang diperkatakan ketika ini selepas ditanya pengguna media sosial.

Menurut Fedtri, meski dia tidak mengetahui latar kejadian berkenaan secara terperinci, namun hos ini berpandangan bahawa setiap individu mempunyai mas4lah tersendiri yang berbeza-beza di antara satu sama lain.

“Saya pun tidak tahu mengenai latar belakang cerita ini. Akan tetapi apabila kepada apa yang trending dan viral, saya kira kemiskinan orang jangan dibuat mainan atau gurauan. Dia sebutkan bahawa ‘mak dah tak ada’. Kita kena tahu, lain keluarga lain yang terjadi di dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

“Terutamanya jika mak tak ada ni… macam-macam boleh berlaku. (Contoh) Sekali pun ada adik-beradik, tak semuanya akan ambil tahu. Terutamanya bila melibatkan isu ayah sakit atau ada masalah lain. Adik-beradik pun bawa diri. Jadi anak-anak yang tiada sumber kewangan yang kukuh ini memang akan ada masalah.

“Jadi saya harapkan, sekali pun dalam kesemp1tan atau pun dalam situasi mahukan ilmu, pensyarah juga perlu ada rasa empathy,” katanya.

Malah baginya, penggunaan bahasa juga penting kerana apa yang diperkatakan itu boleh memberikan kesan yang tidak baik.

Lebih baik, agar menjadi jalan penyelesaian untuk membantu sekiranya individu terbabit betul-betul tidak berkemampuan.

“Yang paling utama sekali, kena jaga bahasa. Sekali pun, bagi nasihat yang betul, bahasa dan juga adab itu yang paling penting. Sebab bahasa (yang diungkapkan) itu boleh men1kam dan menyakitkan hati serta boleh beri impak emosi dalam jangka masa panjang. Mungkin ada cara lain untuk membantu. Sebab pensyarah ini kan ketua.

“Jadi macam mana kalau dia (pelajar) betul-betul susah. Macam mana kita nak salurkan kepada pihak yang boleh membantu. Zakat ke atau apa sahaja. Yang dapat menyelamatkannya daripada kegelapan. Daripada marah-marah, baik kita bantu,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)

Pendiriannya itu dikongsikan Fedtri menerusi satu hantaran terkini yang dimuat naik menerusi Tik Tok. Perkongsian berkenaan mendapat puluhan ribu tontonan bersama reaksi pelbagai yang ditinggalkan warganet pada ruangan komen.

Dalam pada itu, Pesara tentera yang juga aktivis masyarakat terkenal, Abdul Rani Kulup Abdullah telah menunjukkan tanda sokongannya kepada seorang pensyarah di UiTM yang tvlar kerana menegur pelajarnya tidak mampu memiliki sebuah komputer riba.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ayahanda Abdul Rani Kulup berkongsi pendapatnya di laman facebook berkata anak-anak zaman sekarang kini tidak mementingkan soal pelajaran.

“Ayah sebenarnya sokong apa prof ni cakap. Orang kita ni suka lebihkan benda lain daripada persiapan nak cari ilmu. Kalau tiada latpop macam mana nak buat sumproduct. Maaflah kadang-kadang cakap bangsa kita ni, Yang buat rosaknya ialah mak ayah. Mak ayah tak titik beratkan soal belajar. Dalam hal macam ni banyak bangsa kita ni, laptop tak mampu beli. Tapi pakai telefon pintar nak iPhone, kereta nak Honda, kereta wira bapak dia buat jahanam pergi sodok kambing haji mokmin.

Tambahnya lagi, generasi zaman sekarang ramai yang tidak bersedia untuk menimba ilmu, malah mereka lebih mementingkan gaya hidup yang terkini.

“Moto pulak nak Ysuku. Suzuki bess bapak kat kampung tak mahunya dia. Minum nak Starbucks tak mahulah milo timah j4nda. Bab melaram nombor satu. Bab belajar, No satu paling belakang. Sebab tak sedia nak terima ilmu dan susah praktik apa yang diajarkan. Ayah banyak jumpa budak masa temuduga. Dalam resume dia tulis excellent untok microsot office. Bila tanya apa formula nak guna untuk kira keseluruhan row. Dia jawab tambah. Hmm..Selamat cantik. Harini jadi setiausaha ayah dah.”

Kenyataan nya mendapat perhatian ntizen ini dan rata-rata mereka bersetuju dengan apa yang disuarakan oleh beliau.

Berikut pula tulisan dari seorang netizan berkenaan dengan sikap segelintir dari B40

“Bukan aku nak bekap prof tu, aku pun B40 jugak, tapi aku tak faham kenapa kita nak kena emosi gila-gila bila Prof tu cakap dia tak boleh bergaul dengan golongan B40.

Kau sendiri tahu kot bukan semua B40 ni elok perangainya.

Dekat luar sana tu berapa ramai B40 tapi perangai mcm si4l? Duduk rumah flat tingkat atas tapi pergi bantai extend dapur, pasang pagar dekat koridor, cop parking pakai pasu bunga. Bila jiran yang lain sound, dia melenting rasa darjat dia lagi tinggi dari orang lain sebab dia ada Estima 2nd model berbanding orang lain yang paling mahal pun pakai Alza je duduk situ.

Tu tak cerita lagi lifestyle SESETENGAH anak B40 dekat tempat belajar. Kita yang dah kerja bertahun pun tak mampu lagi nak pakai Iphone harga 6-7 ribu, tapi dorang rileks je boleh beli. Rela berlapar asalkan boleh bergaya.

So bila ada orang kata dia tak boleh bercampur dengan golongan B40 sebab bla bla bla, kita nak sentap dan rasa terhina dah kenapa?.

Kalau kau tau diri kau macam mana, pergi lantak lah orang nak kata apa. Bukan dia cakap direct dia tak suka kau sebab kau miskin.

Ini lah masalah B40 sebenarnya. Suka buang masa fikir benda yang entah apa benda. Lepas tu emosi sendiri.”

Rata-rata netizan menyokong kenyataan ini

” Mujur aku B40 yang bermaruah. Arwah bapak” bawa teksi tapi masih mampu sara aku belajar sementara menunggu ptptn masuk.

Laptop arwah tok aku yang belanja guna duit simpanan tabung haji dia (excited cucu pertama masuk uni)Al fatihah untuk dua orang yang aku sayang.”tulis seorang netizan

Nurul Hidayah pertahan tindakan pensyarah

Tidak ke tinggalan, anak kepada PresidenUMN0 iaitu Nurul Hidayah Zahid juga tampil dengan kenyataan nya berhubung insiden yang tular.

Walaubagaimanapun, dia berada di belakang pensyarah berkenaan kerana beranggapan tindakannya itu wajar.

“Sikit2 letak kat SOCMED”

Menurutnya, di zaman media sosial ini memang kalau boleh segala masalah ingin dikongsikan sehingga tanpa sedar telah mengaibkan pensyarah sendiri.

Jadi, dia meminta orang ramai terutamanya pelajar di luar sana agar menggantikan rasa sedih atau kecewa itu sebagai satu tenaga untuk membakar semangat.

“Realiti lagi teruk, habis kalau kena marah dengan bos nanti pon letak dekat SOCMED ke macam mana? Kau rasa nanti majikan nak tak ambil pekerja macam tu? Sikit2 letak kat SOCMED.”-Nurul Zahid.

Selain itu, Nurul dalam kenyataannya berpendapat bahawa pensyarah berkenaan sebenarnya tidak bermaksud untuk menghina golongan B40, sebaliknya mengutamakan kesungguhan pelajar untuk mencapai apa yang mereka mahukan.

Terdahulu, pensyarah di UiTM itu menjadi tular di media sosial gara-gara mengeluarkan perkataan yang disifatkan sebagai menghina pelajar dari golongan B40. Menurut Malaysia Gazette, pensyarah erkenaan turut menggesa pelajar terbabit meminta kakaknya menjual gelang emas yang dimiliki untuk membeli komputer. Dalam perbualan itu, pensyarah tersebut turut menyatakan dia tidak boleh ‘duduk’ dengan golongan B40 kerana kumpulan tersebut lebih mementingkan perkara lain berbanding pelajaran.

Sumber : Murai.my,MH

Be the first to comment on "“Saya kira kemiskin4n orang jangan dibuat mainan atau gurauan,” – Penting Jaga Bahasa & Adab, Respon Padu Fedtri Yahya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*