Bercinta Dengan Enam Lelaki Serentak, Wanita Berjaya Klkis Lebih RM99K

Hasil bercinta dengan enam lelaki serentak dalam satu masa selama enam bulan, seorang wanita di China berjaya mengik1s ‘p0ket’ mereka dengan mudah sebanyak RM99,300.

Menurut Oddity Central, wanita tersebut dilaporkan menjalankan aktiviti ‘love scam‘ dengan bercinta seramai enam lelaki pada waktu yang sama.

Tidak cukup dengan itu, malah dia juga turut meraih pujian warganet di media sosial kerana dianggap ‘mahir’ dalam pengurusan masa (dalam memperd4ya lelaki).

Wanita yang dikenali sebagai Mao, 42 tahun itu menjadi tajuk utama berita di China selepas berjaya ditangkap oleh pihak polis baru-baru ini.

Menurut laporan, sejak Julai hingga Disember lepas, Mao telah bercinta dengan enam lelaki pertengahan umur secara serentak dalam satu masa.

Walau bagaimanapun, enam lelaki tersebut hanya diperdayakan oleh wanita itu untuk membeli barang-barang seperti telefon pintar, komputer, pakaian dan wang.

Gambar via Oddity Central

Malangnya, modus operandi yang dilakukan wanita terbabit dicur1gai oleh salah seorang mngsanya sendiri melalui tingkah lakunya. Lelaki itu memutvskan untuk menyiasat dan akhirnya segala pen1puannya terb0ngkar.

Menurut Daily Economic News, salah seorang mngsa bernama Yu telah bertemu Mao di Yiwu, Wilayah Zheijang pada Ogos tahun lalu.

Dalam pertemuan itu, dia menyamar sebagai orang yang bercera1 tanpa anak untuk mencari hubungan yang stabil.

Sejak awal lagi, Yu tertarik dengan kecantikan dan personaliti yang dimiliki Mao. Oleh itu, apa yang diminta oleh wanita itu sanggup diturutinya. Tambahan pula, mereka juga telah membuat perancangan untuk berkahwin.

Namun setiap kali Yu bertanya tentang hala tuju perkahwinan dan mengajak bertemu keluarganya, wanita itu selalu mengelak dengan memberi pelbagai alasan.

Namun disebabkan Mao terlalu cantik, Yu terus tenggelam dalam permainannya dengan terus memberikan pelbagai hadiah dan wang kepadanya.

Ketika Yu memberi wang untuk membeli gaun pengantin dan tempat perkahwinan mereka, wanita itu sekali lagi menolak dan memberikan alasan. Sejak itulah Yu mula cur1ga.


Gambar via Oddity Central

Selepas mengesyak1 ada sesuatu yang pel1k, lelaki terbabit meminta semula semua wangnya daripada wanita itu, namun segalanya tidak diendahkan.

Sementara itu, Yu telah menghubungi polis melaporkan tindakan wanita itu. Akhirnya hasil siasatan mendapati, Yu bukanlah mangsa pertama ‘love scam’ Mao.

Polis juga turut mengesahkan bahawa mereka sudah mempunyai bukti-bukti berkaitan kes Mao yang terlibat dalam pelbagai jenayah penipuan ke atas enam lelaki berbeza.

Menurut polis, gara-gara licik menggoda dan memperdayakan kesemua mngsanya, wanita itu berjaya meraih keuntungan sekurang-kurangnya RM99,300 hanya dalam tempoh enam bulan.

Hasil siasatan juga mendapati, Mao telah mendaftar beberapa perkhidmatan temu janji untuk menyasarkan lelaki-lelaki lingkungan pertengahan usia sebagai mngsanya.

Polis China memberi am4ran kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan kes pen1puan cinta ‘love sc4m’ seperti ini supaya tiada yang menjadi mngsa seterusnya.

Sumber: Oddity Central

Be the first to comment on "Bercinta Dengan Enam Lelaki Serentak, Wanita Berjaya Klkis Lebih RM99K"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*