Polis Tahan Pemandu Van Sekolah Disyakl Cabvl Kanak-kanak 11 Tahun

SEREMBAN, 30 Mac (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki  di Jalan Persiaran Utama Seremban 2, di sini hari ini kerana disyak1 mencabvl seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof  berkata lelaki berkenaan ditahan pada pukul 2 petang tadi sementara kejadian dilaporkan berlaku pada 6.20 pagi, dua hari lepas di sekitar Taman Suriaman 3 di sini.

Katanya dalam satu kenyataan polis menerima laporan daripada ibu mangsa dan anaknya itu merupakan  penumpang van sekolah yang dipandu oleh lelaki berusia 41 tahun itu.

Beliau berkata kes disiasat dibawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan S3ksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber: Bernama

Be the first to comment on "Polis Tahan Pemandu Van Sekolah Disyakl Cabvl Kanak-kanak 11 Tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*