Naib Cnselor Brltahu Ada Yg Tak Kena Dgn Video, Sekali Dato Rusly Tampil Beritahu Perkara Sebenar

Universiti Teknologi MARA UiTM akan mengambil tmindakan sewajarnya terhadap pensyarah kontrak yang tular memperl.ekehkan pelajar B40 yang tidak mempunyai komputer riba dipercayai berlaku ketika sesi kelas atas talian.

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor berkata, pihaknya kini dalam penelitian termasuk ti.ndakan yang akan diambil terhadap pensyarah berkenaan.

“Dia adalah pensyarah kontrak di UiTM cawangan Seri Iskandar, Perak dan mengajar di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur FSPU.

“Saya difahamkan inmsiden berkenaan berlaku pada semester lalu bagaimanapun ia baru ditularkan semalam. I.su ini mesti ada perancangan kenapa ia baru dimuatnaik semalam.

“Bagaimanapun, t.indakan akan diambil dan untuk pelajar itu, kita sudah mengesan dan memberikan peralatan yang diperlukan komputer riba,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Program One to One Tree dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Yayasan Hijau Malaysia dan UiTM di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Roziah berkata, wanita berkenaan adalah pensyarah yang bagus dan mungkin berlaku sedikit kesi.lapan mengenai t.indakannya mem.arahi pelajar berkenaan.

“T.indakan akan diambil tetapi saya tidak boleh jelaskan di sini. Dia adalah pensyarah kontrak dan ada laluan sebelum t.indakan diambil.

“Semua pensyarah UiTM mahukan yang terbaik untuk pelajar-pelajar mereka dan saya harap orang ramai dapat bertimbang rasa terhadap staf dan pelajar saya,” katanya.

Beliau berkata, UiTM juga akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, seorang pemilik akaun yang di kenalai sebagai Dato Rusly Abdollah mendedahkan yang j4hat sebenarnya kawan sekelas yang viralkan dengan niat untuk meng4ibkan. Isu tersebut telah pun lama selesai antara prof dan pelajar tersebut

“Student dah grad.. video ni last year.. kawan sekelas yg viralkan kt Twitter dan dia dh delete acc lepas viral.. prof yg hina student tu katanya dia dh usahakan laptop utk student tu sampai dia grad.. Yg j4hat sebenarnya kawan sekelas yg viralkan.. dgn niat meng4ibkan.. tp ntizen tak blh terima isu B40”

‘Memang stail dia begitu, tapi disebabkan pensyarah itu kami jadi kuat, tahan maki’ – Bekas pelajar tampil kongsi pengalaman diajar prof viral

Tidak dinafikan ramai netizen meluahkan rasa kesal terhadap pensyarah wanita yang dikatakan menghina pelajar yang tidak mempunyai laptop menyertai kelas onlinenya dan golongan B40 yang dikatakan tidak mengutamakan pendidikan.

Namun, tampil beberapa individu lain yang mendakwa diri mereka adalah bekas pelajar pensyarah berkenaan, tampil memberi pandangan masing-masing berhubung ins1den yang tidak diingini itu.

Huzairi Salgiman mengakui sememangnya pensyarah yang sedang hang3t diperkatakan itu berperwatakan demikian ketika mengajar. Tetapi keteg3sannya itu secara tidak langsung menyediakan dirinya berhadapan dengan alam pekerjaan yang lebih menc4bar.

“Aku salah seorang bekas pelajar prof dan universiti tersebut. Sikap dan perwatakan Prof tersebut sewaktu mengajar memang begitu. Sangat teg4s dan gar4ng sehinggakan dengar sahaja bunyi tapak kasutnya, kami semua sudah menggelvpur duduk diam dalam kelas. Tetapi di luar bilik darjah, InshAllah, mesra untuk disapa.

“Ketahuilah bahawa herdikan, hinaan, perlian sebegitu adalah secubit sahaja jika nak dibandingkan apabila adik sudah memasuki alam pekerjaan nanti. Jika hal sebegitu pun sudah sentap dan sanggup menyebarkan a1b guru, maka ‘good luck’ lah adik ketika bekerja nanti.

“Dan sudah pasti majikan juga akan berhati-hati untuk mengambil pekerja sebegini. Zaman kerja lagi kejam dik,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Huzairi tidak bersetuju dengan cara menyebarkan video tersebut yang dilihat sebagai buli siber terhadap pensyarah berkenaan.

Mengulas lanjut, isu pelajar tiada laptop walaupun sudah memasuki semester lima tidak sepatutnya berlaku kerana UiTM ada menyediakan dana untuk bantuan laptop bagi pelajar yang tidak berkemampuan.

“Pusat Zakat UiTM juga ada menyediakan dana untuk membantu golongan ini dan yuran UiTM adalah yang paling murah berbanding IPTA lain. Jadi, agak kehairanan apabila pelajar tersebut langsung tidak mendapat bantuan seawal dari semester 1,” katanya.

Bagaimanapun, Huzairi tidak menolak berkemungkinan pelajar terbabit tidak tahu cara memohon atau tidak berkelayakan.

Sementara itu, Shaik Shaszari Shaik Sulaiman, turut mengakui perwatakan pensyarah berkenaan sememangnya begitu ketika dia menjadi pelajarnya di UiTM Shah Alam.

“Memang stail dia begitu. Saya beberapa kali kena baling dengan white board eraser dan marker pen, kena halau keluar kelas sebab lewat beberapa minit, walaupun bagi alasan gempa bumi skala 8.

“Tetapi disebabkan individu ini (pensyarah viral) la kami bila di pasaran (dah masuk kerja), kami jadi kuat, tahan maki, berusaha buat yang terbaik, cuba sehabis mungkin,” katanya.

Berhubung kenyataannya yang dikatakan menghina golongan B40, Shaik meminta ntizen tidak cepat melatah, sebaliknya berfikir dari luar konteks. Malah, Shaik yakin pensyarah berkenaan tidak berniat menghina sesiapa termasuk orang miskin.

“Dia pun berasal dari keluarga susah. Ramai pensyarah kami dulu dari keluarga susah bila zaman muda mereka. Silap-silap mereka ini bawah lagi dari golongan B40,” ujarnya.

Walau bagaimanapun Shaik berharap, pensyarah berkenaan cek4l menghadapi cab4ran yang sedang menduga, kurangkan sifat garang ketika mendidik.

Sumber: Harian Post, Facebook Huzairi Salgiman

Be the first to comment on "Naib Cnselor Brltahu Ada Yg Tak Kena Dgn Video, Sekali Dato Rusly Tampil Beritahu Perkara Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*