Ramai Puas Hati Tengok Pelakon Ni ‘Makl’ DSV Depan2

Semalam, program Big Stage 2022 melabuhkan tirainya apabila menyaksikan Elica Paujin merangkul gelaran juara sekali gus membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi.

Selain persembahan para peserta, hangat diperkatakan mengenai babak dimana Kiah Propa memaki hamun dan memarahi usahawan sensasi Datuk Seri Vida.

Kiah Propa tampil di pentas dengan membawa sendvk dikatakan mewakili suara ntizen yang tidak berpvas hati dengan tugas dip1kul usahawan itu sebagai Presiden Ntizen.

Difahamkan, kemunculan Kiah Propa dipentas adalah untuk mempromosikan drama Jangan Menangis Cinta yang sedang ditayangkan di k4ca televisyen.

Meskipun hanya gim1k untuk mempromosikan drama, namun rata-rata ntizen berpvas hati melihat usahan itu dihamvn oleh pelakon berkenaan.

Malah, ramai yang mengucapkan terima kasih di atas gim1k berkenaan kerana dalam masa sama mewakilkan kemar4han ntizen terhadap Vida.

Sementara itu, Vida yang mengakui terkejut dengan kata-kata Kiah Propa berkata dia sudah memberikan yang terbaik memikul tugas sebagai Presiden Ntizen dalam program berkenaan.

DSV Nyanyi Lagu Ku Ikhlaskan Secara Live Di Pentas Big Stage

Selepas menjadi bahan bualan beberapa minggu lalu menerusi single terbaharunya, Ku Ikhlaskan, pengasas kosmetik yang juga Presiden Netizen menyerlahkan bakat terpendamnya dengan menyanyikan lagu tersebut secara langsung di pentas akhir Big Stage 2022.

Sungguhpun Vida menerima banyak kecaman, namun dia melihat penerbitan lagu tersebut sebagai satu investment dan dijadikan sebagai medium untuk meraih derma sempena kedatang bulan

Ramadan tidak lama lagi.

Dicipta oleh Amy Ukay’s dan lirik oleh Vida sendiri, lagu tersebut mendapat perhatian ramai termasuk barisan artis tanah air yang dilihat menyanyikan semula lagu berkenana mengikut rendisi tersendiri.

Sehingga kini, video muzik Ku Ikhlaskan yang diarahkan oleh Kel Wen menerima sekitar 2.4 juta tontonan.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad, penerbitan Big Stage 2022 turut disokong oleh CUCKOO dan OPPO selaku Penaja Utama. Portal Gempak dan aplikasi SYOK turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital. Manakala ERA pula hadir sebagai Radio Rasmi.

Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan

RM25 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing- masing bakal membawa pulang RM15 ribu,

RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.

Reaksi Iqbal

Rangkaian program Big Stage 2022 diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan akan dipancarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 6 Februari serta turut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Seramai lima peserta berjaya mara ke peringkat akhir iaitu Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin dan Tegar Septian.

Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019).

Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).

kredit: astrogempak

sumber: rotikaya

Be the first to comment on "Ramai Puas Hati Tengok Pelakon Ni ‘Makl’ DSV Depan2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*