Sering Dikaitkan Dengan Tenaga Batln Lelaki, Kelebihan Dhab Yang Dikatakan Mampu Hidup Ratusan Tahun

Di negara-negara timur tengah seperti Arab Saudi, Mesir dan Jordan, hidangan nasi beriani g4m b1awak pasir atau ‘dhab’ menjadi salah satu menu istimewa. Dag1ng ha1wan ini dikatakan sedikit liat dan rasanya hampir sama dengan daging kuda.

Dhab adalah sejenis haiwan yang berevolusi daripada spesies b1awak yang hidup sejak ratusan juta tahun dahulu. Tiada maklumat terperinci sejak bila manusia mula tertarik dengan haiwan ini untuk dijadikan sebagai makanan.

Walaupun ramai menyebutnya sebagai sejenis biawak, dalam sains ia dikelaskan sebahagian daripada keluarga cicak. Nama saintifiknya uromastyx aegyptius microlepis. Orang Inggeris memanggilnya sebagai Egyptian Mastigure atau Egyptian dabb lizard.

Bagaimanapun, dalam konteks sosio budaya, dipercayai masyarakat di semenanjung tanah Arab adalah antara golongan yang pertama menjadikan dhab sebagai hidangan.

Menurut Wilhelm Schmidt, pakar antropologi pemakanan dari Austria, dhab pada asalnya bukanlah haiwan pilihan untuk dijadikan makanan.

Namun, disebabkan faktor kekurangan sumber makanan yang membelenggu masyarakat Arab suatu ketika dahulu, mereka tiada pilihan dan terpaksa menjadikan haiwan ini untuk mengalas perut. Apatah lagi, haiwan ini mudah didapati di padang pasir yang ketandusan sumber makanan.

Dikatakan budaya menjadikan dhab sebagai makanan semakin berkembang di tanah arab ketika era pemerintahan Nabi Muhammad SAW. Walaupun baginda tidak menjamah haiwan tersebut, tetapi dalam masa yang sama Rasulullah SAW tidak mel4rang umat Islam untuk memakannya.

Sejak dari itu, hidangan dhab terus mendapat tempat bukan saja di kalangan masyarakat Arab, tetapi kepada sesiapa sahaja yang mempercayai tentang keistimewaan khasiat daging haiwan ini.

Dalam kebudayaan Arab, dhab selalunya dihidangkan dengan cara digoreng atau dibuat nasi beriani gam. Haiwan ini akan disembɛl1h terlebih dahulu dan kulitnya akan dis1at.

Ekornya tidak dibuang, sebaliknya akan dimasak bersama kerana mereka percaya bahagian tersebut tersimpan khasiat yang paling banyak.

Bukan saja di Arab dan Afrika, tetapi daging haiwan ini turut mendapat permintaan dari masyarakat di benua Asia dan Amerika. Pada tahun 1994, sebanyak 7000 ek0r dhab hidup telah dieksport ke Amerika Syarikat untuk diternak. Sehingga ke hari ini, ia bukan saja dijadikan sebagai makanan, malah turut dijadikan sebagai haiwan peliharaan, sama seperti iguana.

Walaupun bagi masyarakat Melayu haiwan ini kelihatan menj1jikkan, tetapi mengikut garis panduan Islam, dhab tidak tergolong dalam golongan makanan yang h4ram dimakan.

Ia sejenis reptilia berdar4h sejuk di padang pasir yang hidup di atas darat iaitu bukan sejenis b1natang dua alam. Dhab hidup tanpa air, tidak makan bangkai atau benda k0tor atau dag1ng seperti ha1wan yang sejenis dengannya. Makanannya adalah tumbuh-tumbuhan.

Kepala dhab seperti penyu, mempunyai 1nsang di kedua-dua bahagian sisi kepalanya. Lidahnya seperti manusia tidak bercabang. Mempunyai ek0r berdur1 21 jalur seperti buaya dan mempunyai lima jari. Manakala kul1tnya pula akan bertukar mengikut cuaca, gelap apabila sejuk dan menjadi kuning pasir ketika cuaca panas.

Dhab adalah sejenis haiwan yang sangat lasak serta mampu hidup tanpa air. Ia boleh didapati seluruh negara padang pasir di Asia Barat sehingga ke wilayah Sahara di Afrika dan persisir Ethiopia dan Somalia, dalam kepanasan sehingga 120 darjah Farenheit.

Ramai percaya jangka hayat haiwan ini sangat panjang iaitu antara 300 hingga 700 tahun, walaupun tiada bukti sahih mengenainya. Cuma, ia banyak dicatatkan para ulama dalam pelbagai kitab. Salah satu daripadanya nukilan Ibn Khalawaih yang berbunyi :

“Telah disebutkan oleh Ibn Khalawaih bahawasanya dhab ini hidup selama 700 tahun. Ia tidak meminum air dan akan kenc1ng pada setiap 40 hari. Giginya tidak akan gvgur dan dikatakan giginya tidak berbahagi-bahagi (seperti gigi manusia).”

Ukuran dhab dewasa dalam lingkungan 65 sentimeter. Haiwan ini hidup di dalam lubang dan lereng-lereng bukit. Mengikut rentetan sejarah, ada yang mengatakan dhab salah seek0r haiwan yang membantu Rasulullah SAW ketika melarikan diri daripada kaum Quraisy dengan menghilangkan kesan tapak kaki ke gua.

Apa yang istimewa, dhab mampu bertahan hidup sehingga dua hari atau lebih setelah disembel1h. Disebabkan daya tahannya yang tinggi, sejak turun-temurun lagi masyarakat Arab percaya dag1ng dhab mempunyai banyak khasiat kepada manusia.

Kitab-kitab kuno seperti Hayatul Haiwanul Kubra, Ma Jaa Fi Dhobi Anil Arab, Tajul Muluk dan Attibil Nabawi, turut menyatakan tentang khasiat haiwan ini.

Dalam dunia moden, daging dhab dikeringkan dan dijadikan kapsul untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Antaranya penyakit urat sar4f, tenaga batin lelaki, serta penyakit kr0nik seperti kenc1ng manis, dar4h tinggi, gout, asma, resdung dan alahan tubuh.

Dua pund1 lemak yang terdapat di celah kangk4ng haiwan ini biasanya dijadikan minyak yang turut dikatakan menjadi penawar mujarab untuk penyakit.

Menurut seorang pengkaji pemakanan dari Arab Saudi, Abu Tarboush, dag1ng haiwan ini mempunyai sumber protein yang lebih tinggi daripada dag1ng lembu, protein dalam susu lembu, kambing, unta, ayam dan ikan tuna. Tetapi as1d amino yang berlebihan dalam dag1ng dhab tidak sesuai kepada kanak-kanak dan ibu mengandung.

Antara dalil yang digunakan oleh para ulama’ dalam mengharuskan memakan dhab ini adalah berdasarkan sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Daripada Abdullah bin Abbas R.anhuma berkata: Maksudnya: “Aku dan Khalid bin al-Walid bersama Rasulullah SAW masuk ke rumah Maimunah. Lalu dihidangkan kepada kami dag1ng dhab yang telah dib4kar dan Rasulullah SAW menghulurkan tangannya untuk mengambil dag1ng tersebut.

Tiba-tiba sebahagian daripada wanita yang berada di rumah Maimunah berkata: “Beritahulah kepada Rasulullah SAW hidangan apa yang beliau makan.” Rasulullah SAW pun menarik tangannya, lalu aku bertanya: “Apakah daging tersebut haram wahai Rasulullah?.”

Beliau menjawab: “Tidak, tetapi ia tidak terdapat di negeri kaumku, maka aku tidak menyukainya.” Khalid berkata: “Aku mengambil dag1ng tersebut dan memakannya, sedangkan Rasulullah SAW hanya melihat.” Riwayat Muslim (1945).

Sumber Wikipedia. via nasihatustaz.net

Be the first to comment on "Sering Dikaitkan Dengan Tenaga Batln Lelaki, Kelebihan Dhab Yang Dikatakan Mampu Hidup Ratusan Tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*