“Susahnya nak dapat awak ni..” – Tak Putus Asa, Siti Elizad Jalani Rawatan IVF Kedua

Selepas lebih setahun merehatkan diri, pelakon Siti Elizad kembali menjalani proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) untuk mendapatkan cahaya mata.

Pelakon berusia 38 tahun itu berkongsi perkara tersebut menerusi satu posting video dalam Instagram miliknya sebentar tadi.

Menurut Elizad, dia melakukan rawatan tersebut di lokasi sama serta membawa harapan yang sama selepas lapan tahun sabar menanti kehadiran zur1at tercinta.

“Susahnya nak dapat awak ni. Tempat yang sama, harapan yang sama. Insha-Allah soon, journey ke-2. Sedang memilih bulan yang sesuai dan tak busy. Check dinding rah1m dulu pagi ni,” tulisnya yang juga penyampai radio Sinar.

Rakaman berdurasi 49 saat itu memaparkan Elizad melakukan pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT scan) selain mendengar perbincangan doktor demi memastikan rawatan berkenaan berjaya dengan izinNya.

Rata-rata rakan artis dan pengikut menitipkan doa buat pelakon drama Hati Yang Dikh1anati itu agar proses IV berjalan dengan lancar dan dikurniakan cahaya mata pada masa akan datang.

Terdahulu, Elizad atau nama penuhnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin menjalani rawatan pertama pada Februari 2020 sebelum disahkan mengalami kegugur4n pada November tahun sama.

Sekadar info, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

Sumber: Instagram Siti Elizad

Be the first to comment on "“Susahnya nak dapat awak ni..” – Tak Putus Asa, Siti Elizad Jalani Rawatan IVF Kedua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*