Dr Sheikh Muszaphar Nak Tambah Anak, Tapi Cara Dia Pujuk Isteri Utk Mengandung Lagi Tarik Perhatian Ramai

Baru-baru ini, personaliti media sosial Dr Sheikh Muszaphar memuat naik satu perkongsian yang sangat manis di Instagram.

Menerusi kapsyen yang ditulis pada sekeping gambarnya bersama keluarga, Muszaphar berkata, dia begitu menyukai keluarga yang besar.

“Saya suka dengan sebuah keluarga yang besar dan secara semula jadinya, saya mahukan lebih… insya-Allah dengan keizinan Mu.

“Tapi pertama sekali, saya mesti meyakinkan Dr Halina (isterinya). Apa pun, ia badan milik isteri saya,” katanya.

Ntizen Puji Cara Dr Sheikh Muszaphar ‘Pujuk’ Isteri Untuk Tambah Anak, Tapi…


Dalam pada itu, Muszaphar turut berkongsi tips kepada bapa di luar sana yang ingin meyakinkan sang isteri yang masih ragu-ragu untuk melahirkan lebih zuriat.

“Saya akan uruskan segalanya sementara kamu (isteri) berehat. Kamu masih cantik seperti selalu dengan enam orang anak.

Tidakkah kamu mahu lihat lebih ramai anak-anak yang indah? Mereka akan jaga kita pada hari tua nanti.

“Kita tidak akan sunyi. ‘Huru-hara’ buat kita jadi muda. Ia merupakan satu sunnah untuk meramaikan ummah. Jom pergi shopping dan beli apa yang kamu mahu. The more the merrier.

“Kita menua sehingga ke Syurga. Saya cintakan kamu selamanya walau apa pun keputusannya,” tulisnya.

Bingkisan Muszaphar itu mendapat respons yang sangat positif dalam kalangan pengikutnya di Instagram.

Seorang ntizen menulis: “Betul, the more the merrier terutama pada Hari Raya,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi laman Twitter pula, pengguna media sosial turut memuji perkongsian yang dimuat naik di Instagramnya itu, cuma ia perlulah sejajar dengan realiti kehidupan.

“Dr Sheikh Muszaphar tu adalah contoh suami yang bijak, kaya dan mampu. Ada juga suami dekat Malaysia ni bijak, tapi kaya kaya dan tak mampu. Tak jadi jugak.

“Setiap orang kemampuan berbeza. Terpulang kepada individu,” katanya.

Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 11, Sophea Natasha, 9, anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 3 serta kembar kedua Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia, 2.

‘Jangan dukung selalu, biar anak main sendiri’ – Tip Dr Sheikh Muszaphar nak anak cepat berdikari

PERKONGSIAN pasangan selebriti, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Halina Mohd Yunos mengenai hal keibubapaan sentiasa menjadi perhatian.

Ada sahaja informasi mengenai anak-anak yang dikongsikan pasangan selebriti ini, tidak terkecuali mengenai anak-anak kembar mereka, Eusoff dan Emelia yang kini semakin membesar.

Terbaharu menerusi Instagramnya, Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi cara membiarkan anak kecil berdikari.Dan inilah yang dilakukan kepada anak kembar mereka, Eusoff dan Emelia.

Menurut kata Dr Sheikh Muszaphar, biasakan anak dengan persekitaran dan biarkan mereka bermain sendirian sambil dipantau.
Elakkan dukung selalu kata Dr Sheikh Muszaphar.

Ini merupakan tip untuk membiarkan anak kecil berdikari dan membiasakan diri dengan sekelilingnya sejak kecil. Bila anak mula yakin, senanglah mama buat kerja nanti.

Independent babies. Bagaimana dan apa yang kami lakukan untuk pastikan anak kembar kami, Emelia dan Eusoff boleh berdikari sendiri?

Bermula sejak mereka lahir lagi:

1. Jangan dukung selalu

2. Tepuk sampai tidur

3. Jangan didodoikan

4. Biarkan anak bermain sendirian dan lihat dari jauh. They feel safe knowing you are around.

5. Banyakkan berkomunikasi dengan bayi. And no baby talk.

6. Rutin penting sangat. Babies love to be in control knowing what to expect.

7. Jangan kurung bayi dalam play-pen. Namun kena pastikan keadaan sekeliling selamat.

8. Layani anak seperti orang dewasa. Jangan tak endah permintaan mereka. Babies can be very sensitive.

9. Tidur di crib. Sebaiknya jangan tidur bersama bayi. Letakkan bayi di crib selepas menyusu apabila bayi sudah terlelap.

10. Dedahkan bayi kepada orang lain. Biasakan bayi bermain bersama anak anak yang lain. Menghantar bayi ke Taska dan berinteraksi membuatkan anak lebih yakin.

Personaliti bayi juga memainkan peranan. Some babies memang very attached. Baby girls are more prone for attachment. More effort are then needed.

Emelia dan Eusoff lebih senang sebab mereka main sama-sama dan tak perlukan orang lain pun di sekeliling.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Dr Sheikh Muszaphar Nak Tambah Anak, Tapi Cara Dia Pujuk Isteri Utk Mengandung Lagi Tarik Perhatian Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*