Riena Diana tak sangka dapat adik pada usia 25 tahun, tak boleh tidur sibuk ‘shopping’ barang bayl

PELAKON Riena Diana melahirkan rasa teruja apabila menerima seorang lagi adik pada usia 25 tahun.

Riena atau nama sebenarnya Qamariana Diana Zulreal berkata, ibu tirinya telah selamat melahirkan bay1 perempuan pada Selasa.

Bagaimanapun, Riena memberitahu ibunya masih belum berpeluang melihat anaknya gara-gara disahkan p0sitif c0v1d-19.

Riena kongsi perbualan dengan bapanya.

“Alhamdulillah, ibu tiri saya selamat melah1rkan anak perempuan dua hari lalu. Tapi dia tak dapat lagi tengok baby sebab disahkan positif c0v1d-19.

“Jadi, bapa saya minta tolong untuk ambil baby di hospital untuk bawa pulang ke rumah. Buat masa sekarang, bapa saya jaga baby dengan pertolongan ibu mentuanya.

“Saya pun ada tolong juga beli barang-barang keperluan baby,” kata Riena ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Terdahulu, pelakon drama Kampung People ini berkongsi video ketika dalam perjalanan mengambil adiknya yang diberi nama Fateema di hospital.

Memang sangat excited, macam nak anak sendiri pula.

RIENA DIANA

PELAKON

Dalam pada itu, Riena yang juga penyampai radio Hot FM ini mengakui keterujaan itu seperti dia ingin mengambil bay1nya sendiri.

“Memang sangat excited, macam nak anak sendiri pula. Bila ada adik ini, sumpah buat saya sedar yang saya kena ada anak sendiri selepas ini.

“Mungkin sebab sebelum ini, saya hidup berdua dengan adik lelaki yang jarak usia hanya tiga tahun. Tak pernah sangka nak ada seseorang baru dalam hidup kami.

Riena akui sudah biasa hidup berdua dengan adiknya.

“Kami ini seperti anak tunggal sebab tak reti nak ada adik-beradik lain. Kami pun berbeza jantina. Jadi, bila ada seseorang baru dalam hidup sama-sama perempuan, peliknya perasaan.

“Tapi seronok saya dapat luangkan masa dengan baby. My dad pun cakap yang saya ini special dah 25 tahun dapat adik lagi,” ujarnya.

Sebelum ini, Riena pernah berkongsi foto bersama bapanya iaitu Zulreal yang baharu saja berkahwin pada Mei tahun lalu.

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Riena Diana tak sangka dapat adik pada usia 25 tahun, tak boleh tidur sibuk ‘shopping’ barang bayl"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*