Nama Siti Hariesa Tvlar Selepas Zul Ariffin Muat Naik Video Babak P4nas

Tiada angin, tiada ribut. Secara tiba-tiba, pelakon lelaki popular Zul Ariffin mencetvskan k0ntr0versi hari ini setelah memuat naik klip ‘trailer’ bagi drama lakonan terbarunya berjudul Perempuan Itu yang akan menemui penonton tidak lama lagi.

Dengan jelas, kandungan klip pendek yang dipilih bagi mempromosikan drama itu memaparkan beberapa bab4k pan4s yang menyebabkan warganet merasa terkejut.

Tidak kurang juga ada yang keliru mengapa babak tersebut dibenarkan untuk dilakonkan; apatah lagi ditayangkan untuk tontonan khalayak.

Dalam klip yang kini sudah mencatatkan 393,000 tontonan dan 6,3999 komen, Zul Ariffin tampil bersama pelakon baharu, Siti Hariesa.

Lakonan mereka membuatkan warganet merasa tidak selesa terutamanya ketika Zul menggend0ng Hariesa yang menyarungkan persalinan ala uniform pembantu rumah.

Tidak cukup dengan itu, Zul juga melakonkan babak menanggalkan baju dari pandangan belakang manakala Hariesa menyuapkan whipped cream ke dalam mulut Zul sebelum menghabiskannya.

Biarpun ada yang mempertahankan di ruangan komen dengan berkata watak wanita itu telah dilakonkan oleh seorang lelaki ketika penggambaran babak panas terbabit, ramai masih merasakan babak sebegitu rupa hanya mendatangkan kesan negatif kepada kanak-kanak dan remaja yang bakal menontonnya.

Bukan hanya Zul yang menjadi mangsa kecaman, malah nama Siti Hariesa juga terpalit dalam ruangan komen.

“Masa berlakon dua dua tak rasa pape ke. Takde rasa bersalah ke adoi lahai.”

“Serius la malaysia buat cerita macam ni?”

“Payah ibu bapa sekarang nak didik anak..sana sini pengaruh.”

Untuk pengetahuan, Hariesa dicungkil menerusi DFKL 2019 dan mula mendapat perhatian menerusi drama Life Lila dan Pink Smile; kedua-duanya ditayangkan di saluran TV3. Menariknya, raut wajah Hariesa selalu dikatakan mirip seorang lagi pendatang baharu, Siti Khadijah Halim oleh peminatnya.

Biodata Siti Hariesa

Nama Penuh: Siti Hariesa

Nama Popular: Siti Hariesa

Asal: Kuala Lumpur

Bangsa: Melayu

Agama: Islam

Kerjaya: Pelakon

Penglibatan: Bekas peserta DFKL 2019 / Perempuan Itu 2022

Drama: Utusan Cinta Buat Adam (2019) / Perempuan Itu 2022

Laman Sosial:Instagram: Siti Hariesa

Be the first to comment on "Nama Siti Hariesa Tvlar Selepas Zul Ariffin Muat Naik Video Babak P4nas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*