[VIDEO] “Maryam ini anak kami yang Allah berikan keistimewaan” – Faizal Tahir bersyukur, tenang dan redha cerita kisah Maryam Tahirah bayl Sindr0m D0wn

BERSYUKUR isteri selamat melahirkan cahaya mata ketujuh pada Disember tahun lalu, penyanyi Faizal Tahir mendedahkan anaknya yang diberi nama Maryam Tahirah berdepan beberapa mas4lah sejak dalam kandungan.

Kongsi Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, doktor memaklumkan kepadanya dan isteri bahawa bay1 mereka mempunyai mas4lah jantvng sehingga terp4ksa dibed4h selepas dilahirkan.

“Maryam ini anak kami yang Allah berikan keistimewaan. Alhamdulillah… yang sangat-sangat special kepada saya.

“Di mana Maryam ini sewaktu dia dalam kandungan, doktor dapat kesan ada beberapa mas4lah dan k0mplikasi. Mula-mula itu jantvng, kemudiannya disahkan sebagai Tetralogy of fallot (TOF).

“Campuran darah dan 0ksigen tak cantik, tak bagus apa semua. Jadi, itu mas4lah pertama yang doktor dapat kesan. Masa tu dah dapat tahu memang nak kena oper4te jantung dia selepas lahir,” katanya.

Penyanyi berusia 43 tahun itu berkongsi perkara tersebut menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram pada Jumaat.

Sudah bersiap sedia daripada segi mental, fiz1kal dan kewangan, Faizal memberitahu doktor turut mengesan mas4lah lain dalam perut bay1 mereka yang turut dikaitkan dengan mas4lah jantung.

Saya menerimanya dengan baik, Alhamdullilah. Reda, itu yang Allah bagi.

FAIZAL TAHIR

PENYANYI

Sebelum dilahirkan, doktor mengesahkan anak perempuannya itu mengidap penyakit Sindr0m D0wn atau disebabkan mempunyai dua k0mplikasi tersebut.

“Kami pun dah kena prepare untuk itu, ment4l, fizikal dan kewangan. Beberapa bulan lepas itu, buat pemeriksaan lagi, doktor periksa lagi, dapat tahu ada mas4lah lain dalam perut.

“Ada double bubble (Duodenal atresia) dalam perut dia. yang membuatkan dia mas4lah nanti nak makan semua. Bila doktor kesan benda ni, dan dikatakan kait pula dengan masalah kompl1kasi jantvng tadi, doktor nak beritahu agak berat.

“Dia kata saya perlu periksa, periksa betul-betul untuk isteri saya sebab kemungkinan besar apabila ada dua kompl1kasi ini ada D0wn Syndr0me.

“Sebulan sebelum isteri due bersalin, dapat tahu la sahlah memang D0wn Syndr0me,” ujarnya.

Faizal reda dan menerima dengan baik pemberian Allah.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Ragaman ini tetap reda dan menerima baik anugerah yang Allah berikan kepada dia dan keluarganya.

“Saya menerimanya dengan baik, Alhamdullilah. Reda, itu yang Allah bagi. Saya tak ada rasa macam d0wn ke. Tiada rasa macam frust ke apa.

“Kehadiran anak saya ini untuk jadikan saya manusia lebih baik dan bersyukur… saya boleh improve diri saya sebagai seorang hamba Allah,” katanya.

Untuk rekod, Faizal mendirikan rumah tangga dengan Siti Raihannim pada 2001 dan pasangan itu kini mempunyai tiga orang anak lelaki dan empat anak perempuan.

Sumber : mStar

Be the first to comment on "[VIDEO] “Maryam ini anak kami yang Allah berikan keistimewaan” – Faizal Tahir bersyukur, tenang dan redha cerita kisah Maryam Tahirah bayl Sindr0m D0wn"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*