Bagi Peluang Untuk Lelaki GeIandangan, Wanita Temui Bahagia Bina Keluarga

Kebanyakan wanita inginkan jodoh yang kukuh ekonominya. Boleh dikatakan ada yang sanggup ‘single’ dek kerana terlalu cerew3t tentang soal teman hidupnya.

Tetapi sebaliknya pula dengan wanita ini yang dilihat langsung tidak memilih pasangannya walaupun digelar gelandangan.

Menerusi Tiktok Jasmine, dia telah berkongsi kisah ‘manis’ mengenai perkenalan dengan teman lelakinya yang ternyata berbeza dengan pasangan yang lain.

Ceritanya dalam video tersebut, dia ingin menolong dan memberi wang kepada lelaki gelandangan tersebut semasa keluar membeli barangan rumah, tetapi di tolak oleh lelaki berkenaan sebaliknya dia meminta untuk menolong wanita ini.z

“Saya tanya dia sama ada dia mahukan makanan atau tidak, dia jawab dia malu untuk meminta. Jadi kami membuat keputusan untuk pergi makan bersama-sama. Dia menceritakan kisahnya kepada saya,” tulis wanita itu dalam videonya.

Bukan itu sahaja, wanita ini juga membelikan sebuah telefon bimbit untuk memudahkan mereka berhubung. Wanita ini mengakui sering ‘teringat’ kepada lelaki berkenaan.

Sekali lagi, mereka makan bersama dan wanita ini membelikan beberapa helai baju yang cantik untuk dipakai oleh lelaki berkenaan. Dari situlah cinta mereka berputik sehingga ke hari ini dan telah mendapat dua orang cahaya mata yang comel.

Menurut Jasmine Grogan, bukan lelaki ini bertuah mendapatkannya tetapi dia yang berasa bertuah bertemu dengan lelaki yang baik dan ikhlas sepanjang pertemuan mereka.

Sumber: Jasmine Grogran

Be the first to comment on "Bagi Peluang Untuk Lelaki GeIandangan, Wanita Temui Bahagia Bina Keluarga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*