“Pernah membesar bersama di pasar malam” Ditvduh Ajar Kak Long Bukan2, Sifu Marketing Tampil Cerita Perkara Sebenar

SELEPAS tvlar kisah amukan di kedai serbaneka 7Eleven baru-baru ini, nama Kak Long atau Wan Nor Baizura bagaikan tidak pernah sepi dengan k0ntr0versi.

Selain wanita berusia 34 tahun itu, individu terdekat dengannya seperti anak-anak, suami dan ahli keluarga turut dikec4m tervk oleh ntizen.

Tidak terkecuali tentunya seorang usahawan dari Terengganu, Hafiz Rani, 28, yang dituduh mengajar Kak Long melakukan pelbagai k0ntr0versi demi tujuan pemasaran dan pengiklanan.

Ia susulan satu posting Facebook yang memaparkan pertemuan Kak Long dengannya bagi mempelajari teknik pengiklanan Facebook dan TikTok.

Ketika dihubungi mStar, dia yang senang disapa Hafiz ada jawapan tersendiri dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dilemparkan netizen.

“Saya memang belajar bidang bisnes, ada ijazah dalam bidang ini dan sudah lama buat produk sendiri. Sejak 2019, saya ajar orang ramai mengenai aspek teknikal Facebook Ads, Instagram Ads, TikTok Ads, buat website dan landing page.

Pertemuan Hafiz dan Kak Long baru-baru ini.
“Saya tak ajar seminar air mata. Saya ada dalam 4,000 pelajar. Tak pernah ajar orang buat live, saya hanya ajar buat ads. Netizen sangka saya ajar Kak Long mengamuk itu ini,” ujarnya.

Bercerita lanjut, Hafiz mendedahkan dia sudah mengenali Kak Long sekeluarga sejak kecil lagi.

Jelas Hafiz, keluarga dia dan Kak Long sama-sama mencari rezeki sebagai peniaga pasar malam di Dungun.

Ini kali pertama saya dikecam teruk. Bukan saya saja, tapi ada netizen hina mak ayah saya.

“Mak saya dan sebahagian besar keluarga saya berniaga pasar malam di Dungun. Mak Kak Long pun berniaga pasar malam. Dah kenal lama sejak kecil lagi.

“Jadi bila dia viral hari tu, saya rasa kesian. Memang dia salah, tak patut buat live dalam 7Eleven tinggikan suara macam tu.

“Tapi saya ada ilmu sikit. Saya kata, buat live jualan tak dapat banyak. Kalau nak jualan banyak dan konsisten, kena buat ads. Jadi saya ajar dia buat Facebook dan TikTok Ads.

“Saya tak ajar dia kecam Orang Kelainan Upaya (OKU) atau pergi mengamuk. Saya tak ajar semua tu,” ujarnya lagi.

Kak Long teruk dikecam selepas insiden di 7Eleven baru-baru ini.

Kata Hafiz lagi, dia tahu perbuatan Kak Long tempoh hari bukanlah satu perkara yang wajar dilakukan, namun dia berharap netizen mengerti sejarah kehidupan yang dilalui wanita itu.

“Faktor sekeliling termasuk didikan keluarga turut jadi punca. Mak ayah dia jual pasar malam, dari kecil habis sekolah terus pergi pasar malam. Memang kurang didikan.

“Kita yang didikan sempurna patut bersyukur, balik sekolah boleh mengaji, belajar dan sebagainya. Mereka tak patut hina orang kurang didikan macam kami anak pasar malam.

Hafiz berkongsi ilmu teknikal dengan Kak Long bagi membantu dia mencapai hasil jualan lebih baik.

“Kita patut bagi peluang. Sudah tentu Kak Long tak terlepas buat kesilapan lagi. Tapi sampai bila nak kecam? Bagilah peluang dia berubah. Takkan dia tak boleh berubah?
“Bukan dia pilih jadi begitu. Tapi faktor sekeliling dan sosial buat dia jadi begitu. Jangan kecam orang, bagi nasihat baik-baik,” ujarnya lagi.

Menurut Hafiz, tempias kecaman yang diterima turut memberi kesan terhadap keluarganya.

“Ini kali pertama saya dikecam teruk. Bukan saya saja, tapi ada netizen hina mak ayah saya. Sampai mak ayah saya pun salah. Ada orang hantar mesej hina mak ayah saya.

“Saya bagi nombor telefon ajak jumpa, orang tu senyap pula,” ujarnya lagi.

Video

sumber:mstar

Be the first to comment on "“Pernah membesar bersama di pasar malam” Ditvduh Ajar Kak Long Bukan2, Sifu Marketing Tampil Cerita Perkara Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*