“Cakap tentang Tangmo lebih banyak daripada Ramadan” – Ustaz Kazim Elias Tegur Ntizen Melebih-lebih

Kisah kemat1an selebriti Thailand, Tangmo Nida yang menjadi perhatian ntizen Malaysia sejak akhir bulan Februari sememangnya mendapat liputan meluas.

Ada juga ntizen Malaysia yang kadang kala bertindak menjadi ‘penyiasat’ yang sama-sama memb0ngkar kes kemat1an selebriti itu lewat media sosial.

Teguran buat para pent4ksub

Namun begitu, ketaksuban sesetengah ntizen terhadap kes Tangmo ini membuatkan ramai yang mulai meluat kerana dilihat terlalu berlebihan.

Para pendakwah juga sudah menegur tindakan keterlalvan itu dengan beranggapan ia tidak memberi sebarang manfaat.

Salah seorang yang memberikan teguran adalah pendakwah terkenal, Dato’ Ustaz kazim Elias menerusi ceramahnya yang tvlar di aplikasi TikTok selepas dimuat naik oleh pengguna media sosial berkenaan.

Berpada-padalah dalam perkara tak faedah

Beliau meminta agar mereka yang mengikuti kes kemat1an Tangmo Nida ini terutamanya orang Islam supaya lebih berpada-pada dalam sesuatu yang tidak berfaedah seperti ‘menyiasat’ kes kemat1an pelakon Thailand itu yang pastinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kita semua.

Siang malam pagi petang Tangmo

Ustaz Kazim juga akui fed up apabila setiap hari ada sahaja isu berkaitan Tangmo yang dikupas ntizen sehingga hampir keseluruhan berita di media sosial berkaitan dengan aktres Thailand itu.

“Orang kita ni tak ada kena mengena dengan dia pun dia sibuk. Aktres Thailand Tangmo mat1 sibuk siang malam, siapa bunvh dia, kes1an. Siang malam duk cerita Tangmo, Tangmo apa? Lantak dia la dah mat1. Tak ada kena mengena dengan kita pun. Nak kata sepupu pun tidak, anak sedara pun tidak.” ujarnya.

Bincang Tangmo lebih banyak dari nak sambut Ramadan

Beliau turut menyuarakan yang perbincangan berkenaan Tangmo dilihat lebih banyak dibualkan berbanding daripada keterujaan mereka menantikan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

“Membicarakan tentang dia lebih daripada membicarakan nak sambut Ramadan. Apa orang Melayu kita ni, pelik. Pelik tuan-tuan. Benda yang tak ada kena mengena dengan dia, dia sibuk bincang. Orang Kedah kata ‘tak ada bertadong dengan dia.
“Bertadong ni tak ada kaitan. Siang, malam pagi, petang duk bincang Tangmo, Tangmo, Tangmo pen1ng kepala kita tuan-tuan. Biaq pi kat depalah (biarkanlah mereka), banyak hal lain yang kita boleh bincang,” katanya.

Betul la kata ustaz tu

Kenyataan tersebut dilihat mendapat pelbagai respon daripada warganet. Ada di antara mereka yang menyokong apa yang diperkatakan oleh Ustaz Kazim Elias.

Namun begitu, ada juga yang berasa apa yang diucapkan pendakwah tersebut terlalu kas4r kerana ketika beliau sedang sakit, ada masyarakat bukan Islam yang turut mendoakannya supaya cepat sembuh serta prihatin akan kesihatannya walaupun tidak mengenali beliau.

Untuk makluman, Tangmo, 37, bersama lima orang lain telah menaiki bot laju di Sungai Chao Phraya dari Jambatan Krung Thon di Bangk0k ke Jambatan Rama VII di Nonthaburi.

Dia telah terjatuh ke dalam sungai berhampiran jeti Pibul 1 di daerah Muang di wilayah Nonthaburi sekitar 10.40 malam pada 24 Februari lalu.

Sumber: TikTok @saidah_hadi

Be the first to comment on "“Cakap tentang Tangmo lebih banyak daripada Ramadan” – Ustaz Kazim Elias Tegur Ntizen Melebih-lebih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*