“Takde Niat Hlna 0KU,” – Bertalu² Dikec4m Ntizen Mengajuk² Orang Kurang Upaya , Kak Long Tampil Beri Penjelasan

Terdahulu, ‘Kak Long 7E’ tular apabila videonya dan anak sulung, Muhammad Adam Aqish Mikhail, 8, yang dianggap b1adab dan keterlalvan di sebuah kedai serbaneka mendapat kecaman netizen awal bulan ini.

Selepas dijemput oleh TV Al Hijrah semalam, nama KakLong terus trending di media sosial. Tidak pasti siaran langsung ketika bila, ntizen sempat merakam gelagat Kaklong seperti mempersend4kan orang kurang upaya.

Dalam video yang dimuat naik semula oleh Hafiz Shukri, Kaklong dilihat berjalan seperti seorang OKU sambil bercakap dengan penonton yang melihat siaran langsung tersebut.

” Buat live gila gila baru famous kak “

Tak sampai 24 jam selepas ditemuramah TV Alhijrah , Kak Long Dungun h1na 0ku pulak.

Haish sak1t hat1 tengok .

Susulan tersebarnya rakaman video tersebut, Kaklong memuat naik status permohonan maaf di facebooknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ntizen sangat mar4h dengan kelakuan yang dilakukan oleh Kaklong sehingga ada yang ingin tampil untuk menyaman Kaklong.

Tiada contoh yang baik dari dia ni”  

Video berkenaan ternyata mendapat kec4man daripada ntizen yang mana rata-rata berasa wanita tersebut masih tidak belajar daripada kesilapan lampaunya.

Ramai yang berharap Kak Long berubah dan menerima nasihat daripada ntizen untuk berhenti melakukan video yang tidak berfaedah.

Saya makin tertekan dengan ntizen, saya minta maaf banyak kepada gologan OKU. Saya buat hanya suka-suka, tak ada niat”

Ambil teguran penonton, Al-Hijrah tangguh tayangan episod Kak Long 7E

Stesen TV Alhijrah bertindak menangguhkan tayangan episod melibatkan Kak Long 7E atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura Bharudin, 33, dalam program Trending yang dijadualkan menemui penonton pada Rabu depan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Al-Hijrah, ia susulan tular beberapa hantaran pengguna laman sosial yang menyatakan ketidakpuasan hati terhadap keputusan stesen TV tersebut yang memanggil individu berkenaan sebagai tetamu jemputan pada program yang bersiaran setiap Rabu, jam 8.30 malam itu.

“Keputusan penangguhan ini dibuat selepas mengambil kira kegelisahan yang tercetus dalam kalangan masyarakat. Program Trending adalah program perkongsian yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial.

“Kehadiran ‘Kak Long 7E’ di studio juga disertai Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sebagai panel yang mengambil peranan memberi tausiyah, teguran serta pengajaran kepada ‘Kak Long7E’ agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi apa saja isu di mana-mana platform khususnva di media sosial,”kata kenyataan itu.

Menerusi kenyataan sama, TV Alhijrah mengucapkan terima kasih atas maklum balas serta teguran penonton.

“TV Alhijrah sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kandungan kami agar lebih memberi manfaat kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Ibu tampil ‘back up’ Kak Long… yakin anaknya dapat harumkan nama negara!

KETIKA isu amukan di kedai serbaneka 7Eleven hampir reda, nama Kak Long atau Wan Nor Baizura sekali lagi menjadi perbualan gara-gara kehadirannya ke stesen TV Al Hijrah pada Isnin.

Ketika dihubungi mStar, wanita dari Terengganu yang berusia 34 tahun itu mended4hkan sudah berada di ibu negara sejak Ahad bagi memenuhi jemputan berkenaan.

Jelas Kak Long, dia peka dengan kecaman berterusan yang dilemp4rkan ntizen terhadap dirinya, pihak produksi serta Pencetus Ummah (PU) Amin selaku pengacara rancangan, namun berharap ia dihentikan segera.

“Kak Long dah sampai sini pada hari Ahad… datang dengan suami, anak-anak, anak saudara dan mak. Datang untuk rakaman program semalam.

“Saya terharu bila dijemput. Sebelum ini, saya dah rasa kecew4 dengan kec4man berterusan, saya fikir rezeki saya akan tersekat. Tapi, Allah uji saya macam ni pun, rezeki tak putus.

“Sudah-sudah kecam saya, TV Al Hijrah dan PU Amin. Saya mohon netizen hentikan kec4man terhadap TV Al Hijrah dan PU Amin. Saya nak hidup bebas. Kes dengan 7Eleven pun dah berakhir,” ujar Kak Long.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dia juga berharap namanya akan sepi daripada sebarang kecaman memandangkan bulan suci Ramadan bakal membuka tirainya tidak lama lagi.

“Tak lama lagi dah nak puasa. Saya tak nak baca kec4man bila dah dekat nak puasa. Saya nak jalani hidup normal. Saya kena berniaga dan teruskan hidup dengan suami serta anak-anak. Kesian anak-anak saya.

Masuk TV pun orang kecam lagi. Mestilah pihak mereka dah selidik dulu sebelum panggil Kak Long.

“Sejujurnya saya dah penat. Saya banyak kerja lagi nak buat. Kita ni orang Islam. Saya risau orang yang benci saya, suatu hari nanti mereka jadi sayang pula kepada saya,” ujar Kak Long lagi.

Sementara itu, ibu Kak Long yang dikenali sebagai Kamsah Haizam, 54, turut menyeru ntizen agar berhenti mengec4m anaknya memandangkan kekec0han yang berlaku sudah lama selesai.

Menurut peniaga pasar yang juga ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia faham situasi yang dihadapi Kak Long dan berharap ia reda dengan segera.

PU Amin (kanan) selaku pengacara program turut dikec4m ntizen.

“Nak kata sedih, makcik tak sedih. Tapi Kak Long ni dia jenis tak pandai simpan benda-benda yang berlaku. Kalau ada masalah, dia akan terus selesaikan. Bila simpan, dia akan sakit kepala, sebab itu dia luah.

“Makcik faham perasaan dia. Dia ibu, makcik pun ibu. Makcik sendiri pun dapat banyak mesej lepas video Kak Long viral. Hal dah selesai, kenapa nak kec4m?

“Makcik buka Facebook, nampak macam-macam cerita Kak Long. Ada juga orang yang kami kenal pun ikut mengec4m termasuklah jiran dan kawan-kawan. Jadi makcik slide laju-laju Facebook tu.

“Masing-masing ada keluarga. Begitu juga Kak Long. Kesian, banyak benda dia nak kena uruskan. Tak apalah, makcik nak ucap terima kasih kepada sesiapa yang memahami. Yang kec4m tu, selagi ada tangan dan mulut, biarlah mereka. Rezeki Kak Long mencurah-curah,” ujarnya.

Menurut Kamsiah lagi, dia juga beranggapan tidak salah anak sulungnya itu dijemput untuk muncul dalam rancangan TV.

“Masuk TV pun orang kec4m lagi. Mestilah pihak mereka dah selidik dulu sebelum panggil Kak Long. Itu rezeki dia. Kak Long pun nak betulkan keadaan, dia pun ada masa depan.

“Makcik tahu Kak Long berbakat. Makcik doakan agar dia dapat mengharumkan nama negara suatu hari nanti,” ujarnya mengakhiri bicara.

Untuk rekod, nama Kak Long panas baru-baru ini apabila tvlar video amvkannya di kedai 7Eleven dan restoran makanan segera KFC.

Biarpun sudah berulang kali memohon maaf dengan linangan air mata, sebilangan ntizen masih tidak berhenti mengec4m sehingga mengganggu emosi Kak Long sekeluarga.

Sumber: Facebook Hafiz, Kaklong, Belumbalik.com

Be the first to comment on "“Takde Niat Hlna 0KU,” – Bertalu² Dikec4m Ntizen Mengajuk² Orang Kurang Upaya , Kak Long Tampil Beri Penjelasan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*