Pemilik Kedai Jual Semangkuk Mi Sup Ikan Patin Rm60 Kena K0mpoun. Jumlahnya Buat Dia Tergmam..!

1su makanan mahal semakin menjadi-jadi ketika ini apabila ramai peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga setiap menu dengan mendadak sehingga dikatakan tidak masuk akal.

Ini kerana, mereka memberi alasan harga bahan mentah juga semakin meningkat dan memaksa mereka untuk menaikkan harga jualan bagi mengelak kerugian.

Baru-baru ini tuI4r di media sosial apabila seorang pengguna memuat naik hantaran memaklumkan harga bagi semangkuk mi sup ikan yang dimakan di sebuah restoran di Sibu adalah RM60.

Menurut pengguna tersebut, dia berasa terkjut apabila dimaklumkan harga makanan berkenaan ketika ingin membuat pembayaran di kaunter.

Kemudian, dia memeriksa semula resit yang diberikan serta menanyakan kepada peniaga soal harga makanan yang terlalu mahal.

Balas peniaga itu, mi sup yang dipesan adalah menggunakan jenis ikan patin yang berharga RM190 per kilogram.

Tambah peniaga itu lagi, harga mi sup tersebut memang agak mahal kerana kualiti ikan yang digunakan dan mempersoalkan mengapa pelanggannya itu tidak bertanyakan soal harga pada awalnya.

Sehubungan itu, dia terpksa menerima harga tersebut walaupun baginya alasan yang diberikan peniaga kurang relevan.

Katanya lagi, ini juga merupakan silapnya kerana tidak bertanya terlebih dahulu mengenai harga hidangan itu sebelum membuat pesanan.

1nsiden yang dikongsikan itu telah menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya menganggap peniaga tersebut mengambil kesempatan mengenakan harga yang mahal kepada pelanggannya.

“Macam t1pu sahaja, jarang la peniaga nak guna ikan patin mahal untuk berniaga, bukan seekor pun dalam mi sup tu, harga semangkuk macam untuk makan lima orang, sebab itu penting untuk peniaga sediakan buku menu kepada pelanggan bagi semak harga sebelum pesan makanan,” luah Fazrina.

“Apa maksud peniaga itu pelanggan tak tanya harga dulu, bukan mereka yang patut sediakan harga hidangan untuk dilihat pelanggan, kiranya kalau pelanggan tidak bertanya, peniaga boleh sesuka hati kenakan harga yang mahal,” komen seorang pengguna

RM60, dik0mpaun RM300
Caj mi sup ikan patin RM60 semangkuk, peniaga tergmam dik0mpaun RM300 oleh KPDNHEP

Seorang pengusaha kedai makan di Sarikei yang menjual semangkuk mi sup ikan patin dengan harga RM60 menerima p4dah lima kali ganda apabila mereka dikenakan k0mpauan sebanyak RM300.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementeri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarikei, Mohamad Zawawi berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai posting pengadu yang tuI4r di media sosial lalu mengerahkan sepasukan pegawai penguat kuasa dari cawangan itu menjalankan siasatan.

Baca: ‘Kedai sc4mmer ni!’ – Pelanggan terkjut mi sup dipesannya berharga RM60 semangkuk

“Ketika disiasat, pengusaha itu mengaku menjual mi sup itu dengan harga yang terlalu tinggi. Malah dia juga gagaI mempamerkan tanda harga makanan yang ditawarkan di premis itu. Sekali gus melakukan kesalahan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2020,” katanya.

Beliau berkata, k0mpaun RM300 itu dikenakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011.

Zawawi turut menasihati para peniaga supaya ikhlas menjalankan perniagaan seperti memaparkan tanda harga pada barangan yang dijual bagi membolehkan pelanggan membuat keputusan sebelum membeli. Pelanggan juga dinasihatkan sentiasa membuat semakan harga sebelum membeli atau menempah makanan dan minuman.

Orang ramai juga digesa memainkan peranan mereka dalam melaporkan kesaIahan yang dibuat oleh pengusaha dengan membuat aduan melalui portal e-Aduan di e-aduan@kpdnhep.gov.my; Pusat Panggilan di 1800-886-800; e-mel e-aduan@kpdnhep@gov.my; atau hadir di pejabat cawangan yang berhampiran.

Sumber: The Borneo Post

Be the first to comment on "Pemilik Kedai Jual Semangkuk Mi Sup Ikan Patin Rm60 Kena K0mpoun. Jumlahnya Buat Dia Tergmam..!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*