“Bunyi Tanah Rvntuh Sgt PeIik… Seperti..” – Saksi Bagitahu Apa Yg Dia Nmpak Sebelum Rakan Tertlmbus Paras Dada

“BUNYI tanah rntuh sangat pelik… seperti petir berdntum,” ujar Anjuzil Andrew yang menyaksikan pergerakan tanah turun dari kawasan berbukit di lokasi kejadian pada petang Khamis.

Menceritakan kejadian di Jalan Teratai 1/2J, Taman Bukit Permai 2 Ampang, Selangor itu, Anjuzil yang bekerja sebagai kontraktor Air Selangor memberitahu, pada masa kejadian dia bersama empat lagi rakan sedang membuat kerja-kerja mengorek bagi mencari paip di kawasan sekitar bukit berkenaan kira-kira pukul 4 petang.

“Dalam pukul 5, hujan turun dan kami beredar duduk dalam lori untuk berteduh. Kami datang dengan dua lori, saya bersama supervisor manakala pemandu bersama dua lagi pekerja warga Bangladesh.

“Disebabkan bekerja sebagai k0ntraktor, kami perlu memaklumkan keadaan semasa kepada juruteknik Air Selangor.

“Jadi rakan saya yang juga pemandu bersama pekerja Bangladesh keluar untuk ambil gambar kawasan kerja yang dilakukan.

“Tiba-tiba pukul 5.30 petang berlaku tanah rntuh dan kami semua keluar dari lori untuk menyelamatkan diri. Saya mencari pemandu yang pergi mengambil gambar tapi tak jumpa… hanya nampak telefon bimbit dia sahaja,” ceritanya.

Keadaan semasa operasi mencari dan menyelamat tiga lagi mgsa tertmbus.
Menurut Anjuzil yang berasal dari Sabah ini, semasa mencari dia melihat pemandunya sudah tertlmbus sehingga paras dada.

“Pekerja Bangladesh yang pergi bersamanya untuk ambil gambar dilihat cuba mengorek tanah dengan tangan nak t0Iong keluarkan pemandu tapi tak sempat.

“Kami hanya berjaya menyelamatkan diri sahaja,” ujarnya sedlh ketika ditemui wartawan di lokasi kejadian.

Melihatkan kejdian yang berlaku dengan matanya sendiri, Anjuzil mengakui tanah rntuh berlaku dengan sangat pantas dan hanya dalam beberapa saat sahaja ia sudah menimbus kawasan sekitar termasuk rumah berhampiran.

Tambahnya, dia berdoa supaya rakan pemandunya yang berbangsa India berjaya diselamatkan pasukan penyelamat.
Dalam kejadian tersebut, tiga mgsa dikhuatiri masih tertmbus, manakala dua lagi sudah ditemui.

Mgsa pertama berjaya dikeluarkan jam 6.54 petang manakala mngsa kedua yang dipercayai pasangannya ditemui jam 7.53 malam namun disahkan meningg4I dnia pada jam 9.15 malam.

Pasukan penyelamat kini berusah mengesan tiga lagi mangsa yang dikhuatiri masih tertlmbus membabitkan dua penduduk perumahan itu dan seorang pekerja kontraktor syarikat penyelenggaraan Air Selangor.

Kredit tsgt

Be the first to comment on "“Bunyi Tanah Rvntuh Sgt PeIik… Seperti..” – Saksi Bagitahu Apa Yg Dia Nmpak Sebelum Rakan Tertlmbus Paras Dada"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*