Genap 8 Tahun Kehilangannya, Data Terbaru Tunjuk Lokasi Sebenar MH370 Terhempas Di Hutan. Lokasinya Tak Jauh Dari Malaysia

HARI ini, tanggal 8 Mac 2022 menandakan genap lapan tahun tragedi pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH370 yang hilang daripada imbasan radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Biarpun sudah lama berlalu, kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu terus kekal misteri, sekali gus mengheret episod duka ini tanpa noktah.

Seawal 7 pagi hari ini, tanda pagar (hashtag) #MH370 turut menjadi trending di laman Twitter, menyaksikan tragedi itu sekali lagi menjadi perbualan netizen dari pelbagai negara.

Selain mempersoalkan kehilangan misteri itu, ramai netizen tidak henti-henti menzahirkan rasa simpati dan kiriman doa, khususnya buat waris penumpang dan kru pesawat berkenaan.

“Hari ini lapan tahun lepas, pesawat MH370 bertolak dari Kuala Lumpur ke China. Selepas beberapa jam ia hilang dari radar. Tak pernah kelihatan lagi. Hari sedih buat Malaysia, hari sedih dunia penerbangan,” tulis @blurredfrank.

“Hari ini hari untuk diingati buat pesawat MH370. Al-Fatihah.

MH370 berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi pada 8 Mac 2014.

“Kepada rakyat Malaysia yang berada dalam MH370. Saya harap kami dapat sambut kamu pulang ke rumah suatu hari nanti.

“Dah lapan tahun, kamu akan sentiasa diingati MH370,” tulis beberapa pelayar Twitter.

Untuk rekod, pesawat Boeing 777-200ER itu terputus hubungan dan gagal dikesan ketika berada 120 batu nautika di timur Kota Kinabalu di ruang udara Laut China Selatan.

Data Terbaru Tunjuk Lokasi Sebenar MH370 Terhempas Di Hutan, Lokasinya Tidak Jauh Dari Malaysia

Pada 2014, pesawat MH3.70 dalam per jalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan mem bawa 239 individu ter masuk 227 pe numpang dan 12 anak kapal, sebelum ia hi lang dari pada radar.

Pen carian awal yang di ketuai Australia di Lautan Hindi ga gal men gesan pesawat yang hilang itu, men yebabkan misi pen cariannya ditamatkan pada Januari 2017. Pen carian diteruskan oleh Ocean Infinity pada 2018, namun tetap gagal menemui petunjuk.

MH370 di Kemboja?

Seorang juru terbang, Andre Milne dari Unicorn Aerospace men dakwa dia bersama pasukan nya hampir me rungkai ke hilangan pesawat MH.370. Lelaki itu, baru-baru ini, men ded4hkan imej satelit yang did4kwa sebagai sebagai lokasi MH.370 terhemp4s di hutan di Kemboja.

Express.co.uk melaporkan, Milne sudah men ghantar imej satelit itu kepada Pentagon dan Rumah Putih untuk dirujuk.

Misi pen carian pesawat itu berdasarkan imej satelit berkenaan dijangka akan dijalankan menggunakan helikopter pada 2022.

Ber dasarkan data yang dimiliki, Milne percaya MH.370 terhempas di Kemboja kerana memiliki bukti isyarat ‘ping’ terakhir pesawat itu. Pesawat itu ber komunikasi untuk kali terakhir bersama menara kawalan kira-kira 38 minit selepas berlepas dan di rekodkan di Laut China Selatan.

Data daripada radar me nunjukkan pesawat itu di lencongkan dari laluannya dan hilang kira-kira 200 batu nautika di barat laut Pulau Pinang.

Pesawat MH.370 yang mem bawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Gerakan men cari dilakukan di Lautan Hindi sebelum di tamatkan pada Januari 2017 serta diteruskan kembali pada 2018, namun masih gagal men gesan keberadaan pesawat itu.

“Hopefully Jumpa Betul-Betul MH370 Kali Ni” – Netizen Beri Reaksi Positif Terhadap Dakwaan Penemuan Baharu Lokasi MH370

Baru-baru ini, isu mengenai pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014 kembali diperkatakan. Hal ini disebabkan kenyataan seorang jurutera aeronautik Britain, Richard Godfrey yang mendakwa tahu kedudukan sebenar bangkai pesawata berkenaan.

Menerusi beberapa laporan media, Richard percaya pesawat Boeing 777 tersebut telah terhempas ke Lautan Hindi iaitu sekitar 2,000 kilometer barat Perth, bahagian Australia Barat.

Difahamkan, Richard juga telah ‘mengira’ kedudukan MH370 yang dilaporkan terhempas dan telah menghabiskan masa lebih setahun untuk menyiasat mengenai tragedi berkenaan.

Richard berkata, dia menggunakan teknologi pengesanan baharu iaitu sistem isyarat radio Weak Signal Propagation Reporter (WSPR) yang bertindak seperti ‘tripwires’ dalam usaha mencari pesawat yang terletak 13,000 kaki di bawah permukaan lautan.

“Lokasi MH370 adalah kira-kira 1,200 batu di barat Perth, Australia dan terletak di dasar yang dikenali sebagai Broken Ridge, iaitu dataran tinggi bawah air dengan gunung berapi dan lurah di tenggara Lautan Hindi,” katanya.

Berdasarkan data daripada satelit, oseanografi, analisis drift, data prestasi daripada Boeing dan teknologi baharu ini, beliau percaya dengan penemuan terbaharu ini dan ia menunjukkan sejajar dengan satu titik tertentu iaitu di Lautan Hindi.

Meninjau reaksi ntizen di laman Twitter, rata-rata memberikan respons positif terhadap dakwaan yang dikeluarkan oleh Richard.

“Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak pernah berputus asa untuk mencari MH370.

“Sudah tujuh tahun dan hal ini masih menjadi m1steri. Marilah berharap agar kali ini ia (dakwaan Richard) adalah tentang kapal terbang yang hilang itu,” kata seorang netizen.

“Nampak #MH370 trending. Oh Tuhan. Jiwa-jiwa yang malang itu. Harapnya semua yang terlibat dapat diberi penjelasan yang selayaknya. Amin,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.

“Ya Allah, kapal terbang itu terhempas di Lautan Hindi dengan kedalaman 4,000 meter. Jika ia benar, saya berharap agar ahli keluarga m4ngsa MH370 kuat untuk menerima kenyataan ini. Sejarah paling hitam bagi industri penerbangan Malaysia untuk tujuh tahun,” luah seorang wargamaya.

Sementara itu, seorang pengguna Twitter berharap agar penemuan ini merupakan penemuan sebenar MH370.
“Hopefully betul-betul jumpa #MH370 kali ni!,” doanya.

Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 bermula setelah ia hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi pada hari yang sama.

Selain operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Laut China Selatan dan Selat Melaka, misi itu turut diperluaskan sehingga ke Lautan Hindi.

Biarpun m1steri kehilangan ini masih belum terungkai, rakyat Malaysia pastinya tidak akan putus berdoa, mengharapkan keadilan dan pengakhiran terbaik buat semua individu yang terlibat dalam penerbangan itu.

Kredit foto: Fasyah Halim (Unsplash)

SUMBER:HMETR0

Be the first to comment on "Genap 8 Tahun Kehilangannya, Data Terbaru Tunjuk Lokasi Sebenar MH370 Terhempas Di Hutan. Lokasinya Tak Jauh Dari Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*