Ibu Tangmo Nida Minta Bedah Siasat Dilakukan Semula, Pengurus Ded4h Bukti Video Rakaman Suara Bergelvt Atas Bot

Misteri kematian selebriti terkenal Thailand, Tangmo Nida masih lagi menjadi tanya. Bukan setakat rakyat Thailand sahaja yang menunggu perkembangan berita mengenai kemat1an Tangmo, namun boleh dikatakan hampir seluruh dunia turut bersimpati dengan pengakhiran hidup pelakon terkenal itu.

Terbaharu, ibu Tangmo did4kwa ingin proses bedah siasat ke atas mend1ang dilakukan semula serta Khatik dipercayai menghantar mesej dan video untuk dijadikan sebagai bukti.

Mahu proses bedah siasat dilakukan semula

Menerusi laporan Bangkok Post, ibu Tangmo, Panida Sirayootyotin mendakwa terdapat beberapa keraguan berhubung bedah siasat pertama yang dilakukan ke atas anaknya itu.

Krissan Sriboonpimsuay (peguam) yang mewakili ibu Tangmo berkata terdapat banyak aspek yang mencurigakan dalam kes berkenaan dan dia akan meminta Polis Diraja Thailand untuk mengeluarkan arahan kepada Khunying Porntip iaitu bekas Ketua Pengarah Pusat Institusi Sains Forensik yang juga merupakan seorang senator untuk melakukan semula bedah siasat.

Dalam pada itu, Khunying yang berada di Dewan Parlimen pada ketika itu memaklumkan bahawa beliau sedia memberikan khidmat nasihat kepada Panida berhubung bedah siasat berkenaan kerana tidak dapat melakukannya.

Menurut Pesuruhjaya Polis Wilayah Satu, Jirapat Phumijit, penyusunan keputusan bedah siasat berkenaan perlu dilaksanakan dengan segara meskipun ia agak sukar untuk memutuskan keputusan tersebut.

Pegawai polis itu turut mengatakan bahawa penyiasat juga telah menyoal seramai 65 orang sebagai saksi dalam kes terbabit.

Timbul spekulasi baru

Terdapat pelbagai spekulas1 muncul apabila membicarakan mengenai kes kemat1an aktres jelita berkenaan yang did4kwa merupakan satu pembvnuhan yang sudah dirancang.

Terdapat sebuah akaun di Instagram mend4kwa selebriti berusia 38 tahun itu meninggal dunia gara-gara dicek1k oleh salah seorang lelaki kerana Tangmo menolak untuk melakukan hubungan s3ks bersama seorang orang kaya yang berpangkat VVIP.

Bukan itu sahaja, ketika pergelvtan berlaku, Tangmo dikatakan mel4wan kerana engg4n menerima ‘kerja’ tersebut sehingga menyebabkan dia terjatuh daripada bot terbabit. Lelaki berkenaan juga dikatakan sudah membayar kepada pengurus Tangmo, Kratik dengan sejumlah wang yang banyak untuk melayan n4fsu individu kaya tersebut.

Kratik hantar mesej & video sebagai bukti

Selain itu, terdapat juga spekulasi yang mend4kwa Khatik menghantar beberapa kiriman mesej serta video kejadian yang boleh dijadikan sebagai bahan bukti kepada seorang individu yang dikenali sebagai Bang Jack. Lelaki tersebut turut memberinya wang sebanyak 300 ribu Baht (RM37938.77) kepada Kratik untuk membayar guamannya.

Difahamkan, Kratik mengaku bahawa dia menerima ‘permintaan’ daripada VVIP tersebut yang sedang menunggu di sebuah hotel berdekatakan Sungai Chao Praya. Dalam video yang diberikan kepada Bang Jack, lelaki berkenaan mend4kwa dia mendengar dengan jelas penumpang-penumpang yang berada di atas bot terbabit sedang bertengk4r serta bergelvt.

Dalam rakaman pertengkaran tersebut, kedengaran suara seorang wanita yang dipercayai adalah Tangmo engg4n menerima ‘kerja’ berkenaan dan mengvgut untuk melaporkan kepada polis jika mereka tidak menghantarnya pulang semula ke jeti.

Meskipun, rakaman audio terbabit kurang stabil, namun ia masih boleh didengari dengan jelas. Walau bagaimanapun, klip video berkenaan tidak dapat disiarkan kepada media secara umum kerana masih berada di dalam siasatan.

Sumber : Bangkok PostFameBlog Tuan

Be the first to comment on "Ibu Tangmo Nida Minta Bedah Siasat Dilakukan Semula, Pengurus Ded4h Bukti Video Rakaman Suara Bergelvt Atas Bot"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*