Stephɑnie Kurlow Iɑitu Penɑri Bɑlet Berhijɑb Pertɑmɑ Di Duniɑ, Tidɑk Gentɑr Hɑdɑpi Duniɑ Reɑliti

Diskr1minasi terhadap golongan berhijab di luar negara sering diperkatakan, sehingga tanpa dinafi jika seseorang itu tidak memahami, ia mampu mencetvskan ketegangan kaum dan agama. Memandangkan pemakaian hijab dalam tarian klasik barat yang memerlukan pemakaian kostum ketat dan ringan seperti balet, ia sudah pasti akan diperkatakan serta mendapat tentangan majoriti masyarakat barat yang ingin menjaga tradisi mereka.

Namun kemunculan seorang balerina berhijab menunjukkan kecekalannya untuk meneruskan cita-cita menjadi penari balet yang disegani amat menarik perhatian dunia. Kita semua maklum bahawa kostum balet dengan skirt terapung dan pakaian ketat melilit tubuh, tetapi kini ia mengalami perubahan imejnya yang sinonim apabila seorang gadis kacukan Australia-Rusia, Stephanie Kurlow memakainya bersama hijab untuk menutup auratnya.

Stephanie, 20 tahun dengan tekad telah membuktikan bahawa seorang Muslim mampu mengejar impian bergelar seorang balerina sambil tidak lupa menjaga aurat wanita yang menjadi tuntutan ajaran Islam. Ketika menari, orang ramai hanya perlu menumpukan tumpuan kepada persembahan dan bukannya aurat seseorang. Maka adalah tidak salah untuk melakukan apa-apa aktiviti pun baik dalam bidang hiburan mahupun sukan sambil memelihara aurat masing-masing.

Revolusi pemakaian kostum balet yang dibawakan oleh Stephanie sekali gus membawanya kepada gelaran balerina berhijab pertama di dunia. Stephanie Kurlow merupakan seorang penari balet kelahiran Australia dan mula mempelajari teknik tarian balet seawal usia 2 tahun.

Keluarga Stephanie memeluk Islam ketika beliau berusia 9 tahun dan sejak itu mereka mula tertarik serta patuh mengamalkan ajaran agama baharu. Bakat Stephanie dalam tarian balet telah dicungkil dan digilap ketika usia gadis ini mencecah 11 tahun. Menjelang usianya meningkat remaja, Stephanie mengambil keputusan untuk memakai hijab, dan dari sini bermulanya cabaran apabila kebanyakan studio tarian enggan menerimanya sebagai pelajar mereka.

Selepas tiada studio tarian yang mahu menerima Stephanie, ibunya sendiri telah mengambil inisiatif untuk membuka studio tarian bagi membolehkan anaknya itu terus berlatih tarian balet yang amat dicintainya. Minat yang terus digilap sehingga kini.

Tidak mahu orang lain mengalami pengalaman yang sama dengannya, Stephanie bercita-cita untuk membuka studio tariannya sendiri yang akan membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang bercita-cita menjadi penari balet berjaya tanpa halangan. Selain berbakat dalam balet, Stephanie juga berminat dalam industri kreatif seperti bidang penulisan dan lukisan. Apa yang menarik, gadis ini telah mengambil cuti selama tiga tahun untuk mendalami kedua-dua bidang ini.

Pada masa sama, Stephanie juga menyertai kumpulan muzik Australia, The Wiggles yang telah menjelajah seluruh Australia. Gadis cekal berbakat besar ini juga pernah menerima biasiswa daripada jenama fesyen terkenal Sweden, Bjorn Borg ekoran kisah pengalaman hidupnya itu yang memberi inspirasi.

Ketika berpeluang terlibat dengan kempen jenama Converse dan Lenovo baru-baru ini, Stephanie telah lantang memberi semangat kepada para remaja di negaranya yang memakai hijab untuk terus gigih mengejar cita-cita sambil menempuh semua cabaran dan dugaan yang mendatang bersamanya. Stephanie Kurlow memberi inspirasi kepada semua untuk sentiasa menjadi diri sendiri dan amalkan gaya hidup yang baik dengan hati yang baik walau apa pun halangannya.

Sumber:erabaru

Be the first to comment on "Stephɑnie Kurlow Iɑitu Penɑri Bɑlet Berhijɑb Pertɑmɑ Di Duniɑ, Tidɑk Gentɑr Hɑdɑpi Duniɑ Reɑliti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*