Kehidupɑn Seorɑng Bɑpɑ Yg Diberhentikɑn Kerjɑ Dɑn Terpɑksɑ Mengemls Sementɑrɑ Ɑnɑk Pulɑ Tidur Di Kɑki Limɑ Kedɑi Sɑhɑjɑ Berubɑh Selepɑs Seorɑng Wɑnitɑ Muncul

Demikian cerita seorang wanita berkongsi kisah mengenai dua beranak gelandangan yang ditemuinya baru-baru ini.

Menerusi coretan di Facebook, wanita bernama Wan Aisyah itu berkata kedua-dua beranak tersebut ditemuinya ketika mereka sedang duduk meminta sedekah di kaki lima sebuah pasar raya berhampiran spa miliknya.

Lebih menyedihkan, si anak yang dalam lingkungan usia dua tahun hanya tidur di lantai kaki lima beralaskan sehelai kain pelikat, manakala si bapa yang berkopiah tetap setia berada di sisi anaknya.

Sesekali lelaki dalam lingkungan 40-an itu mengipas anaknya menggunakan sekeping kotak nipis.

Wanita yang membahasakan dirinya sebagai Kak Cah berkata, beberapa kali kelibat dan gelagat dua beranak tersebut mencuri perhatiannya, sehinggalah suatu hari dia memberanikan diri untuk bertanyakan keadaan mereka.

” Setiap hari bila Kak Cah pergi klinik nampak dua beranak ni bawah spa Kak Cah. Setiap hari tengok, terasa ada sesuatu.

” Mana mak dia… kenapa anak kecil tu tidur macam tu… kenapa bapanya duduk situ hari-hari. Tadi pagi Kak Cah pergi spa.

” Pukul 2 petang temujanji di klinik. Kak Cah nampak dia ada dekat bawah tengah kipas anak sedang tidur.

” Kak Cah dengan spontannya tanya. Mana mak dia (anak)? Abang tu jawab maknya dah meninggI,” tulisnya pada perkongsian tersebut.

Selepas seketika bertanyakan pelbagai soalan, perasaan simpati mula menyusup masuk ke dalam hatinya kerana tidak sampai hati melihat keadaan anak kecil tersebut.

Wan Aisyah berkata, daripada penceritaan lelaki tersebut, isterinya meninggI dnia ketika anak mereka berumur dua bulan kerana pelbagai masalah kesihatan.

Perkongsian wanita bernama Wan Aisyah mengenai kisah Ibrahim di Facebook.

Tambahnya, lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Ibrahim ini berkata dia sebelum ini pernah bekerja dalam bidang pendawaian dan bertukang namun kini terpaksa berhenti kerana tiada orang yang menjaga anak kecilnya itu.

Tanpa prejudis, Wan Aisyah berkata dia lantas mempelawa lelaki tersebut untuk membantunya memasang langsir di spa miliknya.

” Kak Cah sebak sangat sebab bila dia panjat tangga nak drill, anak dia nangis. Dia turun dulu pujuk anak dia lepas itu naik balik sambung. Berulang kali. Anak dia tak nak dekat orang lain,” tulisnya lagi.

Tambah Wan Aisyah, sejak daripada perkongsian tersebut tular, ramai netizen yang memberikan sokongan malah memuji niat ikhlasnya membantu golongan yang dalam kesusahan.

Namun begitu, ada juga sebilangan netizen yang memintanya berhati-hati kerana khuatir dia menjadi mangsa penipuan.

Wan Aisyah mengupah Ibrahim memasang langsir di spa miliknya.

Be the first to comment on "Kehidupɑn Seorɑng Bɑpɑ Yg Diberhentikɑn Kerjɑ Dɑn Terpɑksɑ Mengemls Sementɑrɑ Ɑnɑk Pulɑ Tidur Di Kɑki Limɑ Kedɑi Sɑhɑjɑ Berubɑh Selepɑs Seorɑng Wɑnitɑ Muncul"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*