[VIDEO] Suami Tak Lepas Tangan Isteri, Tenang Sebelum Lafaz Tal4k Di Mahkamah

Setiap perkahwinan yang dibina pastinya ingin berkekalan sehingga ke syurga.

Namun, jika takdir dan jodoh sesebuah perkahwinan itu hanya setakat itu sahaja, mungkin itu yang terbaik bagi sesiapa yang menghadapinya.

Berp1sah selepas 8 tahun lebih bersama

Tular di media sosial TikTok hari ini apabila perkongsian wanita bernama @ennajasz ini telah mengundang h1ba dalam kalangan ntizen apabila kisah pencer41annya dilihat berakhir dengan baik kerana kedua-duanya masih mampu berpegangan tangan ketika menunggu giliran di mahkamah.

Video:

Masih terlihat romantis, Ena memaklumkan tindakan untuk bercerai itu diambil berbulan lamanya dan mereka suami isteri mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan kelamin secara matang.

Mulakan hari dengan ceria

Menerusi video tersebut, dapat dilihat yang mereka berada dalam keadaan cukup gembira apabila sempat keluar awal pagi untuk bersarapan bersama sebelum menghadiri proses pencer41an.

Mereka juga masih berpegangan tangan dan saling berbual sebelum mengambil keputusan untuk berp1sah sebagai pasangan suami isteri selepas 8 tahun lebih bersama.

Janji akan besarkan anak sama2

Namun, pengguna Tiktok berkenaan dan bekas suami berjanji akan terus bersama-sama menjaga anak mereka sebaiknya dan memastikan buah hati mereka tidak berasa kehilangan walaupun mereka sudah berp1sah secara sah.

Menjengah ke ruangan komen, ramai juga netizen yang tertanya-tanya apakah sebab mereka berdua bercera1 kerana masih dilihat seperti menyanyangi antara satu sama lain.

Tapi ada juga yang berpendapat bahawa ada pasangan memilih untuk bercera1 dan berp1sah kerana itu adalah jalan yang terbaik demi kebaikan masing-masing.

“Kadang-kadang ada pasangan akan jadi lebih baik bila berp1sah tapi bukan ketika bersama. Janji anak tak terabai hati tak sakit.” komen seorang netizen.

Betullah tu, kadang-kadang tu sayang tak semestinya memiliki..

Sumber : Beautifulnara, OMM

Be the first to comment on "[VIDEO] Suami Tak Lepas Tangan Isteri, Tenang Sebelum Lafaz Tal4k Di Mahkamah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*