[Video] Gadis Berbangsa India Ini Pun Ingat Untuk Baca Dahulu Doa Sebelum Makan Tetapi Lebih Baik Orang Islam Yg Mengetuai Bacaan Doa Kerana Doa Oleh Org Bkn Islam Tak Dimakbulkan Allah SWT

Mempunyai kawan berlainan bangsa sememangnya seronok memandangkan kita boleh mempelajari budaya dan cara hidup mereka. Terkadang, akibat terlalu biasa lepak bersama, walaupon berbeza agama namun kita terbiasa dengan amalan yang dilakukan mereka.

Begitulah yang berlaku apabila seorang gadis India membaca doa makan untuk rakan-rakan mencur1 perhatian ramai.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah cara gadis India tersebut yang lancar dan fasih membaca doa makan membuatkan ntizen kagum dan ada yang boleh ‘relate’ bagi yang mempunyai sahabat berbeza bangsa juga. Empunya video sempat menjelaskan bahawa dia terlebih dahulu membaca doa makan sendiri sebelum berseloroh ingin rakannya membacakan untuk mereka.

Malahan dia turut berpesan untuk menghormati agama lain dan menyatakan kawan mereka yang fasih membaca doa tersebut disebabkan dia memang bersekolah Melayu dan selalu mendengar bacaan ayat Al-quran sehingga boleh menghafalnya.

“Kawan aku siap boleh baca Al-Fatihah, 99 nama Allah…” Tinjauan ke ruangan komen juga mendapati ramai yang berpendapat sama memandangkan mereka bercampur sekolah dan biasa mendengar bacaan doa dan sebagainya sehingga mampu untuk membaca sendiri.

p/s: Lebih baik orang Islam yg ketuai bacaan doa kerana doa orang bukan Islam tak dimakbulkan.

Be the first to comment on "[Video] Gadis Berbangsa India Ini Pun Ingat Untuk Baca Dahulu Doa Sebelum Makan Tetapi Lebih Baik Orang Islam Yg Mengetuai Bacaan Doa Kerana Doa Oleh Org Bkn Islam Tak Dimakbulkan Allah SWT"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*