“Nak beli motor boleh tapi kena p0tong rambut,” – Wawa Zainal Bagi Syarat, Tiada lagi ‘Man Bun’ Aeril Zafrel!

Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal berkongsi sepotong video di Instagram yang merakamkan suaminya, Aeril Zafrel yang sedang digunting rambutnya.

Menurut Wawa, Aeril berbuat demikian sebagai syarat untuk membeli sebuah motorsikal baru.

“Kita hari ini, tengah gunting rambut Aeril. Nak menangis sebab kena potong rambut hari ini. Dia nak beli motorsikal sebenarnya. Jadi Wawa cakap dengan dia, kalau nak beli boleh tapi kena potong rambut.

“Barulah handsome kacak bergaya,” kata Wawa menerusi video yang kini sudah pun mendapat lebih 200,000 tontonan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Menerusi ruangan kapsyen, Wawa bertanya kepada peminat apakah yang dilakukan mereka.

“Berdosakah Wawa paksa suami lepaskan salah satu benda yang paling dia sayang. Korang rasa? Tibe rasa bersalah,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pandangan dan kurang yang berpendapat Aeril kelihatan lebih kacak apabila berambut kemas pendek.

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Nak beli motor boleh tapi kena p0tong rambut,” – Wawa Zainal Bagi Syarat, Tiada lagi ‘Man Bun’ Aeril Zafrel!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*