Aku minta sabun febreez kat suami dia xlayan. Diam-diam aku beli dekat mydin, sampai je rumah aku bukak dan makan

Ternampak ada suami orang post dekat group food delivery. “Tolong saya, mana nak cari durian crepe malam–malam ni?

Isteri saya mengandung dan mengidam tapi tak dapat–dapat”. Gigih betul si suami menahan malu meminta tolong hanya untuk tunaikan ape yang isteri nak makan masa mengandung. Tahniah buat suami orang tu.

Mengidam ketika mengandung bukan sebuah per4ngai yang dibuat–buat. Yes! Hahahahha. Macam twitter pulak rasa.

Mengidam ni dia macam terasa–terasa makanan tu kat dalam mulut kite. Asyik terbayang. Dalam hati asyik berkata “Sedapnya kalau dapat makan sekarang.”

Masa mengandungkan anak pertama, kalau boleh hari–hari nak makan tomyam. Hari–hari okay! Kalau tak dapat tu macam hampa betul perasaan ni.

Pernah satu hari, teringin sangat nak makan nasi goreng tomyam kat kedai thai dalam food court Jusco. Spesifik betul.

Tapi hubby balik kerja lambat. Jadi dipujuknya kite makan kat kedai tomyam biasa. Dalam hati, “Kite nak kat Jusco.

Bukan kedai tomyam biasa. Hmmmm”. Tapi bak kata orang, jangan diikutkan sangat perasaan mengidam tu. Kalau boleh jangan susahkan suami. Ok fine.

Pergi kedai tomyam dan order nasi goreng tomyam. Tapi bila sampai order, dia bagi nasi goreng kicap yang ade lah dihirisnya sikit serai dalam tu.

Suapan pertama, air mata ni tak boleh tahan. Dah macam hujan. Hati ni kecew4, terIvka, tergur1s semua ada.

Suami tanya, kenapa menangis? Teringatkan mak ayah ke? Jawab aku~ orang nak nasi goreng tomyam Jusco, bukan nasi goreng kicap ni!

Air mata dah 5 baldi dah masa tu. Hahahahaah. Esok tu, pergi Jusco sensorang semata–mata nak lepaskan hajat terpendam.

Puas tak terkata walau makan sorang–sorang. Kadang–kadang suami tak dapat tunaikan ape yang kita idamkan. Bukan dia tak boleh beli tapi memang sengaja tak nak belikan.

Hati jahat ni berkata “Anak kedua, aku nak suami aku rasa erti mengidam tu macam mana”. Jah4t kan?

Masa preggy anak kedua, memang laki aku yang duk ngidam macam–macam. Hihihihiii. Masa tu, aku pulak yang cakap, “Dah lah bang, jangan diikutkan sangat perasaan tu”.

Sambil tepok–tepok bahu suami. Hahahaha. Baru kau tahu mcm mana perasaan aku bila tak dapat nasi goreng tomyam dulu.

Ngandung kan anak ketiga. Pergi Mekah suka sangat bau lantai kat masjid tu. Bau febreez. Wangi. Sedap ni kalau dapat makan.

Itu yg aku hari–hari bagi tau suami aku setiap kali turun masjid. Balik dari umrah, hari–hari suruh suami aku beli sabun febreez.

Dapat rasa sikit pon jadi lah. Tak tertanggung dah rasa nak makan ni. Suami aku? Confirm–confirmlah tak bagi. Sabun?

Jadah ape terok sangat per4ngai nak makan sabun? Dah tak ada makanan lain lagi ke nak lahap? Hati ni tak tahan. Serius.

Pegi Mydin, senyap–senyap ambik sabun febreez yang 1 pack RM1 tu. Masuk dalam troli. Balik rumah, tengok suami aku tak ada.

Yes! Line clear. Cepat–cepat bukak sabun tu dan makan sejembut. Alaaa sekadar nak rasa. Bukan nak makan macam nasi.

Time tu macam “Ya Allah nikmat mana lagi yang ingin aku dustakan”. Hahahahaha. Opss! Jangan tiru aksi ni ye. Bah4ya.

Aku je mengarut nak makan bukan–bukan. Fuhhh. Nasib lah tiga–tiga anak tak mengidam nak makan hati semut ke, otak katak ke ataupun durian t4ik gajah. Kalau tak?

M4tilanak nak mencari kat mano. Huhuhu. Terima kasih buat suami terchenta sebab layankan per4ngai mengidam tah apa–apa sang bini ni.

Buat suami sendiri dan suami orang lain, kadang–kadang isteri mengidam tu bukan sebab taksub dengan cerita dongeng bertajuk, “Kalau anak keluar nanti air liur meleleh sebab tak dapat makan ape yang diidam masa mengandung”. Serius bukan.

Tapi perasaan tu tak boleh nak digambarkan macam mana kalau tak dapat makan. Hanya yang lalui je tau.

Part ni alhamdulillah suami aku dah lalui. Hahahaha. Kadang–kadang isteri mengidam benda senang je. Nak buah atas pokok jiran sebeIah.

Nak ayam yang suami sembeIih sendiri. Nak air sky juice kat mamak. Nak masak lemak tak ada lemak. Nak asam pedas yang arw4h mak buat (m4tilanakkk mana nak cari tu). Kikikii.

Selagi mampu dan tidak membebankan, boleh je layankan kerenah isteri mengidam tu.

Andai kata nyawa isteri tak panjang masa mengandung atau masa bersalinkan zuriat korang tu sekurang–kurangnya suami tak terkilan.

Mana tau, itu lah permintaan terakhir dari seorang isteri. Hihihihi. Pesanan~ Sediakan baldi sebelum hujan.

Maklumlah, suami ni kadang–kadang balik keje tangan tu kosong je. Dah pesan 18 ribu kali, nak beger! nak berger! nak beger! Tapi dia bwk balik angin sepoi–sepoi bahasa je.

Menangis lah lagi si isteri bertadahkan baldi. Cerita ni mungkin tak kritikal untuk di post, tapi aku saje kongsi cerita. Sekadar hiburan semata. – Ummi

Kredit: citegempak

Be the first to comment on "Aku minta sabun febreez kat suami dia xlayan. Diam-diam aku beli dekat mydin, sampai je rumah aku bukak dan makan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*