Diberi Gaji 4 Angka, Rupa-rupanya PA Baru DS Vida Bukan Sebarangan Latar Belakang

TAWARAN pendapatan lebih RM10,000 sebulan bukan pendorong bagi selebriti media sosial bernama Qush untuk berkhidmat sebagai pembantu peribadi kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV).

Kata Qush atau nama sebenarnya Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar, 26, dia sudah pun memiliki perniagaan sendiri dan mempunyai pendapatan kukuh.

Namun bagi Qush, dia mahu men1mba lebih banyak pengalaman daripada Vida atau Hasmiza Othman yang diketahui berjaya membina empayar perniagaan sendiri.

“Soal bayaran gaji itu saya letak di perkara ketiga atau keempat. Ia bukan sebab utama saya terima jawatan ini.

Qush terima tawaran Vida bukan kerana wang ringgit

“Bekerja dengan DSV bukan sekadar wang ringgit, ia lebih kepada pengalaman yang mahu saya peroleh dan belajar.

“Saya juga ada perniagaan sendiri dan Alhamdulillah punya pendapat yang kukuh,” kata Qush ketika dihubungi mStar.

Menurut pemuda yang berasal dari Kuala Lumpur ini juga dia tertarik untuk menerima tawaran Vida kerana keperibadian wanita tersebut.

Bahkan kata Qush, Vida seorang yang sangat terbuka menerima pendapat orang muda untuk mencipta satu hasil yang lebih baik.

Bekerja dengan DSV bukan sekadar wang ringgit, ia lebih kepada pengalaman yang mahu saya peroleh dan belajar

QUSH

PEMBANTU PERIBADI VIDA

“Saya melihat DSV seorang yang baik dengan pekerjanya. Beliau juga sering melakukan amal dengan menghulurkan bantuan kepada anak-anak tahfiz. Itu membuat saya tertarik untuk terima tawaran ini.

“Kita semua tahu beliau seorang yang sangat sp0ntan termasuk ketika mencipta kandungan di media sosial.

“Walaupun sudah berpengalaman, beliau sedia dan terbuka menerima idea-idea baharu. Apa yang penting adalah hasil akhir sesebuah kandungan atau produk itu,” katanya.

Qush juga akui terpaksa melupakan seketika keseronokan masa mudanya. Bagi Qush ini adalah satu peluang berharga yang mungkin tidak dapat pada orang lain.

Dalam masa sama, Qush cuba sebaik mungkin untuk bersikap profesional dan tidak mencampurkan urusan peribadi sendiri.

Keperibadian Vida membuka hati Qush untuk menerima tawaran sebagai bekerja

“Betul, saya kena lupakan masa untuk berseronok. DSV mahu mengajar saya untuk berjaya dalam perniagaan. Jadi ini adalah peluang terbaik untuk saya.

“Saya tahu mungkin orang akan kaitkan dengan cerita-cerita peribadi apabila saya rapat dengan DSV. Sebagai pembantu peribadi beliau, saya amalkan sikap profesional.

“Lama-lama nanti orang akan nampak hasil kerja kami bersama dan berhenti bercakap perkara tidak benar,” jelasnya.

Be the first to comment on "Diberi Gaji 4 Angka, Rupa-rupanya PA Baru DS Vida Bukan Sebarangan Latar Belakang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*