“Kau Adik-Beradik Aku Ke Nak S0und? Itu Antara Aku Dengan Tuhan,- Kak KM Jawab Isu Menyusu

Usahawan k0ntroversi Liana Rosli menjawab isu menyusu yang didakwa menjatuhkan mart4bat wanita.

Menurut Liana atau lebih dikenali dengan panggilan Kak KM, perkara itu sepatutnya tidak menjadi perdebatan kerana ianya situasi biasa seorang ibu yang ingin menyusukan anaknya.

VIDEO BERADA DI BAWAH ARTIKEL

Bagaimana pun katanya, disebabkan namanya ‘Kak KM’ maka segala perbuatan yang dilakukan pasti mengundang kec4man ntizen.

“Bagi saya nak beri anak susu, benda itu memang sangat normal, mungkin sebab ‘Kak KM’, Kak KM yang menyusukan sebab itulah menjadi viral. Kalau orang lain mungkin tidak.

“Masa nak buat video itu memang Kak KM ambil tempat di sudut dan di bahagian depan memang tak ada orang. Benda itu memang tak ada isu lah, tak akan kita nak masuk bilik air pula.

“Sebenarnya kita pakai je nursing cover tu, selepas itu tu bila kita nak buat video kita cabut,” jelasnya.

Kak KM berkata demikian dalam satu temu bual bersama segmen Gempak, Lanchang Bethol bagi menjawab komen-komen kec4man ntizen.

Dalam pada itu, Kak KM juga menegaskan apa yang berlaku itu antara dirinya dengan Tuhan.

Kak KM juga berpesan supaya netizen tidak perlu sibuk menjaga tepi kain orang lain kerana takut memakan diri sendiri.

“Bagi saya suka hati akulah, kau adik-beradik aku ke nak sound-sound aku? Kau tengok buat apa. Itu jawapanya.

“Itu antara saya dengan Tuhan lah, yang korang tu jaga lah bahagian korang. Jangan ambil kerja Tuhan nak jatuhkan bala dekat orang. Takut kau yang dapat bala,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

““Kita ada adab untuk menyusukan anak,”- Giliran PU Amin Tegur Kak KM

TEGURAN demi teguran diberikan kepada usahawan sensasi Liana Rosli atau dikenali sebagai Kak KM berhubung video dia menyusukan anak di tempat awam.

Pencetus Ummah (PU) Amin turut memberi teguran dan nasihat kepada usahwan tersebut yang dianggap keterlaluan.

“Kita ada adab untuk menyusukan anak, paling penting kita sebagai orang Islam ada etikanya.

“Bukan tak boleh menyusukan anak di tempat awam, tapi gunalah kelambu atau kain untuk menutup.

“Ataupun cari tempat-tempat yang sesuai dan tidak menimbulkan sebarang keraguan,” katanya kepada mStar.

Kata PU Amin, walaupun telah beberapa kali ditegur namun usahawan tersebut kerap muncul dengan kandungan video yang mengundang kecaman netizen serta dianggap keterlaluan.

“Bukan kita tak tegur, dah banyak kali buat teguran tapi dia suka dengan gaya hidup macam itu.

Maka biarlah, tanggungjawab kita dah selesai dan kita dah sampaikan,” ujarnya.

Baru-baru ini, perkongsian Kak KM di Instagram menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video sedang menyusukan anaknya berusia dua bulan di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Namun menerusi kenyataan kepada mStar, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini mempertahankan tindakan itu kerana menurutnya dia tidak mendedahkan bahagian payudara kepada orang ramai.

Usahawan k0ntr0versi selamba susukan anak tempat awam, Liza Hanim tegur suruh jaga adab

TINDAKAN seorang usahawan kontroversi menyusukan anak di tempat awam secara terbuka mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Ini termasuklah penyanyi Liza Hanim yang turut tertarik berkongsi pandangannya mengenai video tular yang dimuat naik oleh usahawan berkenaan di media sosial, baru-baru ini.

Kata Liza, 42, dia menyokong tindakan usahawan berkenaan memberikan susu badan, namun dalam masa sama haruslah menjaga kehormatan sebagai seorang wanita Muslim.

“Saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat, baru-baru ini ternampak gambar seorang usahawan menyusukan anak di khalayak dan ambil gambar.

Sebagai seorang ibu yang menyusukan anak-anak saya menyokong usahawan ini di dalam perjalanan menyusu badannya, namun sebagai seorang saudara di dalam Islam saya memohon tolonglah jaga adab ketika breastfeeding di tempat awam.

Liza kongsi pandangannya di Instagram.

“Saya sendiri menyusukan anak di mana-mana sahaja, malah pernah di tepi jalan di Kota Seoul (Korea Selatan) dan ya saya merakamkan gambar juga tetapi kita harus menjaga adab, aurat harus dijaga,” katanya tanpa menyebut nama usahawan berkenaan.

Penyanyi lagu Gelisah Mimpi ini menulis pandangannya itu menerusi laman Instagram pada Isnin.

Ini bukan masalah saya berhijab dan beliau free hair (tidak bertudung), either way jaga kehormatan kita sebagai wanita dan ibu

Sebelum ini, tular rakaman video usahawan k0ntr0versi Liana Rosli atau Kak KM menyusukan bayinya yang baru berusia dua bulan di sebuah restoran mewah.

Aksi bersahaja anak pelakon veteran Normah Damanhuri ini memberikan susu badan di tempat awam mengundang pelbagai kritikan daripada netizen kerana menampakkan bahagian tidak sepatutnya.

Liza tegur tindakan usahawan k0ntr0versi susukan anak tempat awam.

Dalam pada itu, Liza berkata luahannya ini hanyalah sekadar pandangan sebagai seorang wanita dan bersuara mengenai isu ini sebagai ingatan dirinya sendiri.

“Ini bukan masalah saya berhijab dan beliau free hair (tidak bertudung), either way jaga kehormatan kita sebagai wanita dan ibu.

“Allahuakbar sedangkan kita menutup dengan sesungguhnya ketika breastfeeding pun dipandang serong, apatah lagi di dalam keadaan yang saya lihat usahawan itu.

“Jaga kehormatan kita sebagai wanita, jaga agama kita, InsyaAllah berkat usaha kita murah rezeki kita. Saya bersuara untuk mengingatkan diri saya juga,” ujarnya.

GARA-GARA menyusukan anak di tempat awam, usahawan kosmetik kontroversi Liana Rosli atau Kak KM dikec4m dan dianggap tidak menjaga adab sebagai wanita Muslim.
Menjelaskan perkara yang berlaku, Kak KM berkata, dia menyusukan anak bukan di hadapan orang ramai, malah menerusi video yang dikongsi itu tidak memperlihatkan bahagian tidak sepatutnya.

“Pertama sekali ketika saya menyusukan anak itu, tiada orang di depan saya. Jadi memang tiada siapa yang nampak. Dalam video yang saya muat naikpun bukannya menamp4kkan bahagian yang tidak sepatutnya.

“Kemudian, tak kan saya nak susukan anak di dalam tandas?

“Saya bukannya tiada 0tak. Saya masih tahu untuk menjaga ad4b,” katanya ketika dihubungi mStar.

Anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini baru sahaja menyambut kelahiran anak keempatnya pada Disember tahun lalu yang diberi nama Cinta Carrisa.
Kak KM bersama suami dan anak-anak
Kak KM dan suami, Razman Ramli turut mempunyai tiga orang anak lain iaitu Nabila Razman, 19, Fariz Razman, 15, dan Rania Razman, 12.

Belum reda isu menyusukan anak, Kak KM sekali lagi mencuri perhatian ntizen kerana dilihat menari di hadapan sekumpulan lelaki yang dipercayai kawan-kawan suaminya.
Saya bukannya tiada otak. Saya masih tahu untuk menjaga adab

Menjawab tentang perkara tersebut, Kak KM berkata, kesemua lelaki itu terdiri dalam kalangan ahli keluarga.

“Mereka semua itu adalah adik-beradik saya dan juga suami. Kami memang sporting kalau mahu buat video cab4ran seperti yang popular di media sosial.

“Kami memang terbuka dan tidak fikir perkara yang tidak sen0n0h,” jelasnya.
Sering menerima kec4man atas setiap tindakannya, Kak KM bagaimanapun tidak ambil peduli kerana baginya itu adalah salah satu strategi pemasaran dalam perniagaan.
Kak KM mar4h jika ada yang bercakap buruk tentang ibunya, Normah Damanhuri

Bagaimanapun, Kak KM juga meminta netizen tidak bercakap bvruk tentang ibu dan ahli keluarganya yang lain.

“Kalau saya baca setiap komen di media sosial, rasanya dah masuk ICU sebab sakit hati dengan semua kec4man.
“Sebagai seorang usahawan, ini adalah cara saya menggunakan platform media sosial sebagai medium pemasaran.

“Biarlah apa orang nak kata tentang diri saya, tetapi jangan ‘sentuh’ ibu dan adik-beradik saya. Itu memang boleh buat saya mar4h,” katanya.

Semalam, Kak KM telah membuka peluang kepada pengikutnya untuk bertanyakan soalan dan antara soalan ditanya adalah berkenaan dirinya menyusukan Cinta Carissa ketika majlis akikah anak keempatnya itu.

Dalam pada itu, ada juga netizen bertanyakan soal seorang rakan selebriti yang menegurnya tentang isu yang sama.

Biasalah kalau dah tak glamour, bila kau nak tumpang populariti Kak KM.. kesian, sedih!

Akibat dari posting Kak KM menyusukan di public itu, ramai ntizen menegurnya dan tidak lupa juga penyanyi Liza Hanim yang merasakan perkara tersebut tidak seharusnya berlaku, sebaliknya wanita terbabit perlu menjaga kehormatan sebagai seorang wanita serta ibu.

Sumber mstar

Be the first to comment on "“Kau Adik-Beradik Aku Ke Nak S0und? Itu Antara Aku Dengan Tuhan,- Kak KM Jawab Isu Menyusu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*