DJ radio bahasa Inggeris sebut perkataan ‘ringgit’ dengan slang mat saleh, sekali kena tegur dgn Adibah Noor

MENGADA-NGADA! Itu yang disifatkan penyanyi Adibah Noor ketika menegur penyampai radio berbahasa Inggeris yang menyebut perkataan ringgit dengan slang Inggeris.

Menurut Adibah, 52, cara sebutan tersebut keterlaluan sedangkan penyampai itu dibesarkan di Malaysia dan sudah menggunakan perkataan itu sejak kecil.

“Kadang-kadang tak faham apabila dengar stesen radio berbahasa Inggeris.

“Jika anda orang Malaysia dan bukan berasal dari luar negara, jangan nak mengada-ngada sebut ‘ring it’ sedangkan sebutan sebenar ‘ringgit’.

“Daripada kecil lagi dah sebut ringgit, hanya kerana jadi penyampai radio bahasa Inggeris tak boleh sebut ringgit,” ujar Adibah dalam satu video di Instagram miliknya.

Adibah suka berkongsi ilmu untuk manfaat ramai

Sebelum ini, bekas peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) ini juga pernah menegur ucapan seorang menteri kerana tersalah menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, Adibah juga pernah membetulkan kesalahan sama yang dilakukan oleh penyampai berita sebelum ini.

Biarpun pernah dikritik, Adibah memberitahu ia tidak pernah patahkan semangatnya untuk terus berkongsi ilmu dengan orang ramai.

“Tujuan dan niat saya adalah untuk berkongsi apa yang sya tahu, memperbetulkan sebutan dan bukan nak jatuhkan sesiapa,” ujar Adibah dalam temubual bersama mStar sebelum ini.

Biodata Adibah Noor

Bagi yang nak kenal siapa adibah Noor, korang boleh baca biodata adibah noor ini di bawah ya. Pemilik Nama penuh Adibah Noor binti Mohamed Omar ini dilahirkan pada 3 September 1970.

Pada tahun 2021, Dia di kenali sebagai seorang penyanyi, pelakon, pengacara majlis, pengisi suara dan bakat iklan yang terkenal di Malaysia.Adibah Noor berasal dari Kuala Lumpur dan merupakan seorang guru yang mengajara Bahasa Inggeris tau.

Dia juga lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia

Pada tahun 1994, Adibah Noor menyertai pertandingan nyanyian buat pertama kalinya dalam pertandingan SUara 90-an Nescafe. Rezeki nya apabila dia berjaya menjuarai pertandingan tersebut.

Pada tahun 2006, Namanya melonjak naik dengan lagu terlalu istimewa yang di buat khas sebagai solidariti kepada kes rogol dan pembunuhan ngenri seorang gadis berusia 12 tahun di Johor bahru.

Anugerah yang pernah di menangi

Dalam Biodata Adibah noor ini, kami nak bagitahu yang Adibah Noor pernah tercalon dalam Anugerah Juara Lagu 2006 dalam bebearapa kategori iaitu, Vokal Terbaik, Kategori Balada dan juga Lagu terbaik.

Kemudian dia juga pernah di nobatkan Juara Hits 1 Akhir pada tahun 2007 untuk lagu terlalu istimewa dan juga Persembahan terbaik untuk lagu yang sama.

Sebab itu, bakat Adibah noor ni bukan calang-calang. Dia memang boleh menyanyi tau!

Hasilnya, lagu tersebut masih terngiang-ngiang dan masih diputar di station radioa tanah air sehingga kini.

Adibah Noor pernah mengeluarkan albumyang mengandungi lapan lagu, termasuk kolaborasi dengan penyanyi hebat lain seperti Misha Omar, Anuar Zain, Amir Jahari, Nassier Wahab, Dina Nadzir dan Sam Innuendo

Hebat betul adibah noor ni kan. Selalunya kita tengok dia banyak berlakon terutamanya dalam drama atau rancangan komedi sahaja. Tetapi sebenarnya dia merupakan seorang penyanyi yang sangat berbakat. Kalau tidak macam mana boleh menang AJL kan. hehe

Be the first to comment on "DJ radio bahasa Inggeris sebut perkataan ‘ringgit’ dengan slang mat saleh, sekali kena tegur dgn Adibah Noor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*