Sekali lagi ujian pilu, leher anak bongsu dipercayai tersangkvt pada kain buaian di pusat jagaan

SEREMBAN: Selepas kehilangan anak kedua ketika bay1 akibat k0mplikasi kesihatan pada 2020, sepasang suami isteri sekali lagi berdepan ujian mem1lukan apabila anak bongsu mereka pula meningg4l dunia, semalam.

Terdahulu dalam ins1den kira-kira jam 3 petang, Nour Rania Asyifaa Yuseri yang berusia 15 bulan, ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai l3hernya tersangkvt pada kain bua1an di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Taman Nusari Aman 2, Bandar Sri Sendayan, di sini.

Bapa m4ngsa, Yuseri Yusoff, 39, berkata beliau mendapat tahu akan kejadian itu selepas menerima panggilan telefon daripada isteri yang memaklumkan bahawa Nour Rania Asyifaa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Sendayan.

Ketika itu, katanya, beliau sedang berada di rumah mereka di Bandar Sri Sendayan bersama anak sulung berusia tujuh tahun.

“Saya bergegas ke Klinik Kesihatan Sendayan. Ketika itu, doktor sedang berusaha memberi bantuan pernaf4san kepada anak. Kira-kira 30 minit kemudian, anak sudah ‘tiada’.

“Pada malam sebelum kejadian, anak tidak menunjukkan sebarang masalah. Namun difahamkan ketika kejadian, anak dikatakan susah mahu tidur, jadi pekerja di pusat asuhan menidurkannya dalam bua1an.

“Sebelum ini, anak tidak tidur dalam buaian,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik, Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini, hari ini.

Yuseri memaklumkan, beliau menghantar mangsa ke pusat jagaan kanak-kanak itu sejak setahun lalu, malah anak sulungnya juga pernah dihantar ke sana sebelum ini.

“Mangsa adalah anak bongsu daripada tiga beradik. Anak kedua juga sudah meningg4l dunia ketika masih bayi akibat k0mplikasi kesihatan.

“Saya menerima kejadian ini kerana perkara telah berlaku. Yang selebihnya, saya serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.

“Pihak pusat jagaan ada meminta maaf kepada kami sekeluarga atas kejadian ini. Difahamkan, pihak polis ada merakam percakapan ibu bapa lain yang menghantar anak mereka ke pusat itu,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, berkata m4ngsa dikata ditidurkan dalam buaian di sebuah bilik oleh pengasuh.

“Hasil siasatan awal mendapati m4ngsa diberi minum susu sebelum ditidurkan kira-kira jam 12.30 tengah hari. Pengasuh terbabit kemudian dikatakan keluar dari bilik itu kira-kira jam 2 petang untuk melakukan tugas lain.

“Pengasuh dikatakan masuk semula ke bilik itu kira-kira sejam kemudian dan mendapati m4ngsa berada dalam keadaan kep4la tersangkvt pada kain bua1an,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Yuseri memangku jnazah Nour Rania Asyifaa selepas dibawa keluar dari Jabatan Perubatan Forensik HTJ. – NSTP/AHMAD HASBI

Susulan itu, beliau berkata, pengasuh dikatakan terus mengambil m4ngsa daripada buaian dan melakukan bantuan kecem4san pernaf4san (CPR) tetapi gag4l, sebelum m4ngsa terus dibawa ke Klinik Kesihatan Sendayan.

“Mngsa sempat dirawat doktor, namun disahkan meningg4l dunia pada jam 4.30 petang oleh doktor bertugas,” katanya.

Nanda berkata, hasil siasatan juga mendapati m4ngsa dilaporkan dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan bahagian l3her dan kepala terkeluar dari bua1an serta tergantung pada kain buaian, manakala badannya masih berada di dalam buaian.

“Ketika kejadian, dua pengasuh wanita berusia 29 dan 37 tahun berada di dalam premis terbabit bersama 15 bayi serta kanak-kanak lain yang berumur dalam lingkungan enam bulan hingga tujuh tahun, termasuk m4ngsa.

“May4t m4ngsa sudah dihantar untuk bedah siasat dan siasatan masih diteruskan,” katanya.

Be the first to comment on "Sekali lagi ujian pilu, leher anak bongsu dipercayai tersangkvt pada kain buaian di pusat jagaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*