Gadis Cuba Nasib Cari Ayah Di Twitter, Tak Sangka Boleh Jumpa Kurang 24 Jam

Media sosial kini menjadi medium atau platform utama untuk menyebarkan maklumat dengan kadar segera.

Maka tak hairanlah, jika ada sesetengah pihak menggunakan media sosial seperti Twitter untuk mencari mereka yang telah lama terpvtus hubungan atau hilang.

Seperti tindakan seorang gadis dikenali sebagai Cinta yang mencuba nasib di Twitter untuk mencari bapanya yang telah terpvtus hubungan.

Menurut Cinta, ayahnya yang juga pemilik nama Junior Liew itu kali terakhir dikatakan berada di Taman Kosas, Ampang dan berbangsa Sabah-Filipina.

Wanita berkenaan turut berkongsi gambar ayahnya semasa muda, dengan harapan ada pihak yang mengenali lelaki tersebut.

”Ada sesiapa kenal tak pakcik ni? Mungkin muka lain dah sekarang, tua sikit. Sebab ini ayah saya, saya nak cari dia. Cuba nasib je ni,” tulis cinta.

Namun, tidak sampai tempoh 24 jam hantaran tersebut dimuat naik, Cinta akhirnya menemui bapanya yang dikatakan berada di kawasan pedalaman Sabah.

“Sudah jumpa papa ku. Nenek nangis. Terima kasih rakyat Twitter.

“Papa takda telefon dan tinggal di pedalaman Sabah. Tapi masih tak sangka dapat jumpa,” tulisnya selain berkongsi tangkapan skrin panggilan video bersama ayah dan neneknya.

Sumber: Twitter

Be the first to comment on "Gadis Cuba Nasib Cari Ayah Di Twitter, Tak Sangka Boleh Jumpa Kurang 24 Jam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*