“Satu sen pun tak pakai duit Chef Wan masa kahwin” – Shikin Maembong

SUSULAN pendedahan Datuk Chef Wan menerima surat s4man daripada bekas menantunya Shikin Maembong, wanita berkenaan akhirnya tampil menjawab salah satu tuduhan daripada cef selebriti itu.

Tegas Shikin yang juga kakak kepada pelakon Emma Maembong itu, dakwaan kononnya perkahwinannya dengan bekas suami, Cef Riz menggunakan duit Chef Wan adalah fitnah semata-mata.

Tegas Shikin, dia dan Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan ketika itu mereka menjalankan bisnes bersama dan menggunakan 100 peratus hasil pendapatan untuk majlis perkahwinan tersebut.

“Sebenarnya duit perkahwinan kami seratus peratus adalah duit sendiri. Ketika itu saya dan bekas suami buat perniagaan Elken. Kita kumpul duit sendiri dan kahwin guna duit sendiri.

Foto kenangan ketika majlis perkahwinan Chef Riz dan Shikin Maembong pada 2014.

“Seratus peratus duit sendiri tiada satu sen pun guna duit bapa mentua.

“Apa yang dia post adalah fitnah dan saya rasa semua kena tahu hal yang sebenar,” ujarnya.

Terdahulu,Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan terkilan selepas menerima surat tuntutan saman daripada bekas menantunya, Shikin Maembong yang juga kakak kepada pelakon, Emma Maembong.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Chef Wan berkata surat tuntutan saman itu telah dihantar melalui peguam bekas menantunya untuk menuntut saman malu berpunca daripada teguran terbukanya mengenai perbalahan Shikin dengan bekas suami, Nadzri berhubung soal anak.

“Bekas isteri anak saya, Shikin Maembong melalui peguamnya telah menghantar surat saman malu kononnya beberapa bulan lalu saya menegurnya dan anak saya, Nadzri bergaduh tentang anak. Hal bapa atau ibu adalah sama ke atas anak itu.

“Kerana mahu membalas dend4m sebab tidak berpuas hati tentang urusan nafkah anak, dia (Shikin) menggunakan cara itu (saman),” katanya.

Ujar cef selebriti berusia 65 tahun itu, dia penat untuk melayan ‘drama’ yang terjadi kerana kedua-duanya sudah dewasa dan boleh berfikir.

Pada masa sama, Chef Wan turut terkilan atas tindakan saman yang dikenakan ke atasnya kerana dia telah banyak membantu wanita itu ketika dalam kesusahan.

“Tak rasa malu ke semasa susah, saya juga yang uruskan bil hospital dan macam-macam lagi. Sebagai bekas bapa mertua, salah ke jika saya memberikan nasihat?

“Sebagai orang tua, saya memberikan nasihat yang baik-baik tanpa perlu melibatkan mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan anak. Ramai orang bercerai, namun masih sama-sama menjaga anak,” ujar Chef Wan.

CHEF WAN menunjukkan surat saman yang diterima daripada bekas menantunya.

Ded4h Chef Wan lagi, sudah hampir setahun Nadzri tidak berjumpa dengan anaknya kerana dihalang oleh bekas isterinya.

“Masing-masing dan tua. Tolonglah matang. Mahkamah ada banyak isu yang penting. Jangan ditambah lagi isu-isu b0d0h nak saman bekas bapa mertua.

“Kau lupa ke jasa-jasa aku bersusah payah kahwinkan kau berdua guna duit saya 100 peratus?

Anak saya dah bersetuju untuk anaknya dijaga ibu (bekas isteri) cukuplah. Jika dia (Nadzri) mahu luangkan masa bersama anaknya beberapa hari dalam sebulan biarkan. Itu adalah anaknya,” luah Chef Wan.

Dalam hantaran itu juga, Chef Wan enggan untuk melayan tuntutan bekas menantunya itu kerana letih untuk membuang masa.

“Saya tidak ada masa. Letih saya melayan kisan anak-anak ini semua. Misk1n sangat ke nak s4man saya RM1 juta?” ujar Chef Wan.

Sekadar info, Nadzri atau nama lengkapnya Mohd Nadzri Redzuwan, 40, mendirikan rumah tangga dengan Shikin atau Siti Nur’ Ashikin Ismail pada 5 Disember 2014 dan bercerai pada Jun 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna Natasya yang kini berusia tujuh tahun.

Nadzri yang baru sahaja berkahwin buat kali ketiga pada Januari lalu sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon, Ana Dahlia untuk perkahwinan pertama.

Sumber: mstar

Be the first to comment on "“Satu sen pun tak pakai duit Chef Wan masa kahwin” – Shikin Maembong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*