B4haya hantar emoji ‘l0ve’, boleh dihvkum penj4ra, dend4

DUBAI – Seorang pakar dalam jnayah s1ber di Arab Saudi memberi am4ran kepada orang ramai bahawa tindakan menghantar emoji ‘love’ menerusi aplikasi WhatsApp boleh berdepan hukuman penj4ra.

Akhbar Okaz melaporkan pengirim emoji itu boleh dihvkum penj4ra dua hingga lima tahun dan dend4 100,000 riyal (RM111,556) jika disabit bersalah seperti ditetapkan di bawah undang-undang di Riyadh.

“Penghantaran emoji itu adalah satu bentuk jnayah gangguan. Selain itu, penggunaan beberapa imej dan ungkapan ketika bersembang dalam talian juga adalah kesalahan sama jika aduan difailkan oleh penerima,” menurut laporan itu memetik kenyataan Al Moataz Kutbi.

Menurutnya, pengguna tidak boleh sewenang-wenangnya terlibat dalam perbualan tanpa persetujuan individu lain yang boleh menyebabkan mereka berasa terganggu atau tidak selesa terutamanya apabila menggunakan emoji ‘love’.

Jelas Al Moataz lagi, gangguan boleh ditakrifkan melalui pernyataan, perbuatan atau gerak isyarat dengan konotasi s3ksual dalam apa jua bentuk termasuk menggunakan teknologi moden.

“Ia termasuk emoji yang dikaitkan dengan k0n0tasi s3ksual mengikut budaya sesebuah masyarakat seperti emoji ‘love’ dan bunga ros,” tambahnya.

Difahamkan, dend4 yang dikenakan boleh mencecah 300,000 riyal (RM335,000) jika pesalah melakukan kesalahan berulang. – Agensi

Be the first to comment on "B4haya hantar emoji ‘l0ve’, boleh dihvkum penj4ra, dend4"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*