Pembantu rumah lari pukul 5 pagi, Sarimah alami mvntah tahap kritik4l

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim meluahkan rasa kecew4 apabila pembantu rumah yang dilayan dengan baik telah melarikan diri pada pukul 5 pagi sekitar minggu lalu.

Menurut Sarimah, 44, sebagai majikan beliau melayan pembantu rumahnya dengan baik. Malah, beberapa hari sebelum kejadian tersebut, beliau sekeluarga turut meraikan ulang tahun kelahiran pembantu rumah berkenaan.


“Beberapa hari sebelum itu, dia (pembantu rumah) sangat gembira dan selalu tersenyum dengan kami. Kami nyanyikan lagu selamat hari lahir, beri hadiah dan pelbagai lagi. Kami juga solat dan selawat bersama-sama, dia bukan main baik dan solehah.

“Saya ‘husnuzon’, tapi di manakah pelindungan untuk majikan seperti kami. Perlu ada perubahan dalam perjanjian bersama agensi,” tulis Sarimah dalam Instagramnya semalam.

Memburvkkan lagi keadaan, ketika kejadian pembantu rumahnya melarikan diri, pada masa yang sama, Sarimah telah dikejarkan ke kecem4san hospital kerana mengalami mvntah yang tervk.

“Saya tidak memuat naik sebarang hantaran selama seminggu kerana minggu lalu cukup mencabar. Minggu lalu daripada dikejarkan ke kecem4san hospital kerana mvntah yang tervk kepada kejutan pembantu rumah melarikan diri pada pukul 5 pagi.

“Saya dan keluarga masih dalam pemulihan cuba untuk kuat kembali. Alhamdulillah, Daddy (suami) turut sakit tetapi sudah bertambah baik,” tulis Sarimah lagi.

Dalam pada itu, Sarimah mended4hkan doktor mengesahkan beliau hanya menghidapi flu perut dan bukannya C0vid-19.

“Saya telah membuat ujian calitan dan menurut doktor bukan C0vid-19. Doktor mengatakan, hanya flu perut dan satu-satunya orang yang tidak sakit adalah orang yang melarikan diri itu,” tulis Sarimah.

Kejadian berkenaan benar-benar memberi pengajaran buat dirinya untuk tidak lagi mempercayai orang luar seratus peratus.

“Jangan sesekali pandang rem3h terhadap kesihatan anda dan jangan percaya kepada orang luar selain keluarga seratus peratus,” kata Sarimah.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, Sarimah bersyukur tiada kejadian lebih bvruk berlaku kepadanya dan keluarga.

“Saya dengar cerita yang lebih tervk. Alhamdulillah tiada kejadian yang burvk berlaku dan kami berada dalam keadaan selamat,” tulisnya lagi.

Pelakon berdarah kacukan Melayu-Irish itu mendirikan rumah tangga dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie, pada 2 April 2015.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Tunku Sofia Najihah yang kini berusia tiga tahun. – KOSMO! ONLINE

Be the first to comment on "Pembantu rumah lari pukul 5 pagi, Sarimah alami mvntah tahap kritik4l"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*