“Saya akur..tp saya akan buat rayuan sebab ada yang tk betul..” Ali Puteh Buka Mulut Lepas Keputusan Dibuat

SETELAH hampir dua tahun turun naik mahkamah, akhirnya balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali menang dalam kes s4man fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya, Ali Puteh.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan pada pagi Jumaat.

Sehubungan itu Ali Puteh atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33, diperintahkan membayar ganti rugi kepada Nor Hidayah sebanyak RM60,000.

Menurut peguam Mohamed Ibrahim Mohamad yang mewakili Nor Hidayah, pada prosiding itu juga hakim membuat keputusan men0lak tuntutan yang dibuat keluarga Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan dengan kos.

“Manakala tuntutan kami (Nor Hidayah) terhadap Ali Puteh dibenarkan dengan kos.

“Kami percaya keputusan ini membersihkan segala kata-kata negatif yang dilemp4rkan kepada anak guam kami.

“Sebelum ni dikatakan ada pihak telah dianiaya oleh anak guam, namun mahkamah jelaskan tidak berlaku sebarang pengan1ayaan sebaliknya anak guam kami yang dianiya,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Nor Hidayah melahirkan rasa lega apabila proses undang-undang yang dilaluinya sejak dua tahun lalu berakhir dengan berpihak kepadanya.

“Alhamdulillah saya dan anak makin baik… doa yang terbaik untuk anak. Saya rasa lega dah,” katanya.

Sementara itu Ali Puteh ketika ditemui berkata dia menerima keputusan hakim Mahkamah Sesyen dengan hati terbuka.

Respon Ali Puteh selepas kalah kes s4man

“Saya akur dengan keputusan hari ini, saya tak mar4h atau rasa nak mengamvk.

“Saya hormati keputusan mahkamah,” katanya.

Pada Mei 2020, Nor Hidayah, 31, memfailkan s4man f1tnah terhadap Ali Puteh berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab.

Saman dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000 itu difailkan Nor Hidayah kira-kira 15 hari selepas Abam meningg4l dunia pada 10 Februari 2020.

Enggan berdiam diri, Ali Puteh memfailkan saman balas terhadap Nor Hidayah selain turut menamakan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sebagai defendan.

“Saya Dah Rasa Lega Dah” – Hidayah

“Doakan yang baik-baik untuk saya dan anak saya. Saya dah rasa lega dah,” demikian kata balu arwah Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali ringkas kepada Gempak usai prosiding di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.

Nor Hidayah, 33, diminta mengulas mengenai kemenangannya berhubung kes saman fitnah terhadap adik iparnya, Syed Ali Puteh yang difailkan dua tahun lepas.

Sementara itu, kata peguam yang mewakili Nor Hidayah, Mohamed Ibrahim Mohamad, kemenangan itu sekali gus telah membersihkan nama serta reputasi keluarga Hidayah.

“Alhamdulillah mahkamah hari ini memberikan keputusan yang mana ia berpihak kepada anak guam kami.

“Tuntutan keluarga arwah Abam dan Ali terhadap anak guam saya, Nor Hidayah telah ditolak dengan kos.

“Manakala, tuntutan kami terhadap Ali telah dibenarkan dengan kos juga, ganti rugi RM60,000 telah dipersetujui oleh mahkamah untuk dibayar kepada Hidayah.

“Kami percaya keputusan ini telah membersihkan kata-kata negatif yang dilemp4rkan kepada anak guam kami dan berharap selepas ini tiada lagi.

“Sebelum ini ada kenyataan dibuat seolah-olah ada pihak dianiaya oleh anak guam kami tapi hari ini mahkamah telah menjelaskan bahawa tiada berlaku sebarang penganiayaan, sebaliknya yang dian1aya adalah anak guam kami,” katanya.

Kontr0versi mula tercetvs apabila Nor Hidayah memfailkan s4man terhadapnya sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

Saman yang dibuat Nor Hidayah itu antaranya menudvh Ali mengambil harta Abam Bocey dan harta anak yatim.

Antara tuduhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

Pada 27 Ogos 2020, Ali memfailkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan disahkan meningg4l dunia pada 10 Februari 2020.

Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun.

Nor Hidayah mengaku ambil RM10,000 dan empat utas jam arw4h Abam

Nor Hidayah selaku defendan pertama mengaku membawa duit tabung berisi wang kertas did4kwa hasil tabungan bersama arwah suaminya dan empat utas jam tangan keluar dari rumah.

Defendan turut mengaku mengeluarkan wang RM10,000 daripada akaun bank milik Abam dan memasukkan kesemuanya ke dalam akaun anak mereka iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey kerana bimbang direbut plaintif.

Malah Nor Hidayah memberitahu dia tidak bertanggungjawab terhadap semua kenyataan yang dibuat defendan kedua (Aliff Syukri) atau wakil atau ejennya dalam rakaman video yang tvlar sebelum ini.

Dalam pada itu, Ali menegaskan dia dan keluarganya ingin membersihkan marvah yang telah tercalar dan berharap segala kebenaran akan terjawab.

“Kami sekeluarga hanya mahu membersihkan maruah kami yang selama ini dipijak-pijak. Sebelum ini dia (kakak ipar) kata dihalau dari rumah sehelai sepinggang tetapi hari ini dia kata tidak bertanggungjawab dengan semua kenyataan dikeluarkan menerusi video Aliff Syukri.

“Semoga kebenaran akan terjawab selepas ini. Mungkin inilah yang Allah SWT nak tunjukkan selepas kami sekeluarga bersabar sekian lama. Saya bersyukur.

“Apa-apa pun saya maafkan semua yang telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kami sekeluarga,” ujarnya.

Sumber: mstar

Be the first to comment on "“Saya akur..tp saya akan buat rayuan sebab ada yang tk betul..” Ali Puteh Buka Mulut Lepas Keputusan Dibuat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*