“Dulu kita ingat kita lagi baik dari dia..tapi sekarang..” – Izara Aishah dipuji ramai buat peminat kagum

Penampilan pelakon drama Ombak Rindu The Series, Izara Aishah sememangnya membuatkan ramai begitu turut bahagia melihatkan pelakon jelita ini yang semakin cantik.

Umum diketahui, Izara Aishah pada Ogos tahun lalu mengundang ramai tumpang gembira dengan perkongsiannya di ruangan Instagram peribadi yang mana memaparkan dia bertudung labuh.

Walau bagaimanapun, terbaharu penampilan Izara Aishah menjadi perhatian lagi apabila warga TikTok melihat satu rakaman video yang memaparkan dirinya sedang makan bersama cahaya mata perempuannya, Irisa Alaia.

Penampilannya yang sopan ini mengundang Izara Aishah dipuji oleh warga TikTok dengan lebih 60,000 tanda suka ditinggalkan dalam satu hantaran video ini.

Melihatkan diruangan komen, ada juga yang merasa kagum dengan perubahan pelakon jelita ini apabila lebih 600 respon ditinggalkan dengan pantas oleh warga TikTok selain video tersebut ditonton 1.2 juta kali.

VIDEO :

Ini kerana, Izara Aishah turut dipuji oleh peminat kerana dia juga merupakan seorang selebriti wanita yang jarang terpalit kontroversi sekali gus merupakan antara pelakon wanita yang cukup dikagumi bakatnya apabila muncul di kaca televisyen.

“Dua artis wanita yang aku teruja sangat tengok sekarang…”

“Cantik la Izara, suka tengok”

“Dia mana ada gosip sangat, berlakon pun ayu ayu ja. Tahniah ke arah yang lebih baik…”

Pelakon, Izara Aishah merupakan antara selebriti wanita yang sangat diminati oleh ramai penonton drama tempatan apabila bukan sahaja mempunyai wajah jelita malah bakat Izara Aishah juga tidak perlu lagi dipertikaikan.

Sebut sahaja namanya, ramai tidak akan ketinggalan untuk menonton lakonan pelakon ini di kaca televisyen apabila diantara drama yang melonjakkan dia sebagai anak seni adalah drama berjudul Vanilla Coklat.

Walau bagaimanapun, selain lakonan peminat juga sangat gembira melihatkan penampilan Izara Aishah yang kini memakai hijab sehingga dia ac4p kali vir4l menerima pujian daripada ramai.

Terbaharu, Izara Aishah mencuri tumpuan ramai melalui ruangan TikTok dimana seorang pengguna yang menggunakan akaun bernama, Ryna kelihatan merakam pelakon ini di satu tempat.

Izara Aishah bagaimanapun menarik tumpuan ramai gara-gara video yang dikongsikan itu yang mana memaparkan penampilan dirinya yang cukup manis sehingga mencetuskan peminat juga merasa kagum dengan pelakon ini.

Sehubungan dengan itu, Izara Aishah diruangan komen melalui hantaran video di TikTok terbabit menerima pujian peminat sekali gus merasa comel melihat pelakon ini yang sempoi duduk dikawasan tersebut yang dikatakan mungkin sedang berehat selepas shooting.

“Makin cantik… kagum dengan perubahan dia”

“Cantiknya awak. Semoga awak berbahagia”

Pelakon Izara Aishah mencvri perhatian wargamaya apabila tampil cantik serba putih seperti seorang pengantin untuk sesi makan malam berdua bersama suaminya, Adib Khalid di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Menurut Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin, 28, makan malam itu adalah bersempena ulang tahun kelahirannya yang disambut pada 28 September yang lalu.

Menerusi laman sosial Twitter, Izara berkongsi beberapa keping foto dirinya dan suami untuk tatapan umum.

“First date without our anak sayang nyawa #birthdaydinner,” tulis Izara di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu, Izara mengenakan sehelai jubah putih longgar yang sangat cantik dan dipadankan dengan tudung labuh di belakang berona kelabu cair.

Sementara itu di ruangan balas, ia dihujani dengan pujian daripada wargamaya yang rata-ratanya memuji busana putih yang digayakannya serta kecantikan semula jadi Izara.

Definisi cantik. Free hair cantik, bertudung cantik, makeup cantik, Muka togel pun cantik,” puji seorang wargamaya.

Sedang kebingungan. Izara ni manusia ke bidadari?” soal seorang wargamaya.

MasyaAllah, segala puji-pujian bagi Allah atas kurniaan sempurna ini. Semoga terus istiqomah, In Shaa Allah menjadi ketua bidadari buatnya di syurga nanti,” pesan seorang wargamaya.

Salam. Cantiknya awak! Macam nak pergi nikah,” komen seorang wargamaya.

Kalau Izara date outfit macam ni nampak cantik je. Tapi kalau orang biasa mesti typical malaysian akan cakap “eh dia ni overnya..” tulis seorang wargamaya.

Pergi dating ke pergi nikah ni cantiknya,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 5,000 ulang ciap dan 30,000 tanda suka daripada warga Twitter.

Pada Ogos lalu, Izara mengejutkan orang ramai apabila tampil bertudung labuh di Instagram miliknya.

Malah, Izara bertindak memadam foto-foto lamanya yang tidak bertudung.

Sekedar info, Izara berkahwin dengan Muhammad Adib Khalid, 33, yang juga anak tiri penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 2017.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia yang kini berusia setahun setengah.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber : Gempak 

Be the first to comment on "“Dulu kita ingat kita lagi baik dari dia..tapi sekarang..” – Izara Aishah dipuji ramai buat peminat kagum"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*