Baru usia dua bulan dah cecah 6kg, ibu mengaku terpaksa ‘berk4sar’ kalau nak kasi tidur… rupa-rupanya kalau dodoi slow anak ingat ajak main!

“Tepuk slow-slow dia ingat kita ajak dia main.”

Demikian komen yang ditulis di laman sosial pada video seorang ibu, Zana Rosli, 26 yang kelihatan sedang menepuk lembut anak kecilnya untuk tidur.

Menurutnya yang senang disapa Zana, anak kecil ini, Muhammad Aldriq Iskandar Mohamad Sheqal yang baru berusia dua bulan bagaimanapun tidak akan tidur kerana cara tersebut kurang berkesan.

Jelas wanita yang berasal dari Perlis ini, dia kemudiannya menukar gaya ‘menepuk’ lebih kuat pada bahagian punggung anaknya sebelum bayi itu akhirnya tidur dengan lena.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Asalnya tepuk ni nenek (ibu Zana) yang ajar nak bagi anak mudah tidur. Tapi masa saya tengah pantang dulu memang tepuk slow je sebab dia pun masih kecil,” jelasnya.

Kata wanita yang merupakan peniaga makanan berasaskan menu Thailand di Alor Setar, Kedah ini, anak lelakinya dilahirkan tidak cukup bulan kerana masalah kesihatannya.

Anak Zana pernah terkena penyakit demam kuning.

Jelasnya lagi, saiz Aldriq semasa dilahirkan pada 5 Disember 2021 tahun lalu agak kecil dengan beratnya hanya 2.9 kilogram sahaja dan kemudiannya terkena pula demam kuning.

“Doktor suruh beranak awal dari tarikh due, sebab saya ada kencing manis jadi risiko tinggi. Aldriq baru 38 minggu dalam kandungan masa saya kena paksa beranak tu. Saya beranak ‘ikut tingkap’ di hospital swasta di Alor Setar.

“Selepas lahir anak saya demam kuning dua minggu. Risau juga tengok keadaan dia. Tapi nasib baik dia jenis tak kuat menangis atau merengek buat perangai, senang nak jaga.

“Dari masa saya pantang lagi dah ajar tepuk sampai dia tidur tu. Lagipun saya tak nak ajar dia tidur dalam buaian. Saya risau nanti susah nak bawa pergi jalan. Kalau pergi bercuti, tak kan saya nak angkut buaian sekali,” ujarnya lagi.

Zana telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2021.

Menerusi perkongsian video-video lain Zana di TikTok, ramai yang menegur saiz anaknya yang comel dan tembam.

Ujar Zana, dia memberikan susu badan dan susu formula kepada anaknya yang baru lebih berusia dua bulan dan kini mencecah enam kilogram.

“Ramai yang puji dan geram tengok Aldriq di TikTok. Pipi dia pun bulat dan suka senyum. Bila saya beritahu umur dia baru dua bulan lebih ramai yang terkejvt dan tak percaya.

“Saya pun tak sangka cepat betul badan dia naik. Masa umur baru sebulan, berat dia dah cecah empat kilogram. Mungkin dia ikut keturunan belah saya, jenis bertubuh besar,” tambah Zana.

Perkongsiaan Zana foto terkini anaknya yang berat sudah hampir enam kilogram.

Jelas Zana, video yang tular tersebut hanya sebagai kenangan untuk anaknya dan ingin berkongsi dengan para ibu yang ada anak kecil sepertinya.

Zana turut menceritkan bahawa dia tidak keseorangan kerana ramai ntizen diruangan komen sehingga mencecah lebih 6,000 yang turut bercerita mengenai anak-anak mereka yang juga perlu ditepuk dengan cara kasar untuk tidur.

Sumber: mstar

Be the first to comment on "Baru usia dua bulan dah cecah 6kg, ibu mengaku terpaksa ‘berk4sar’ kalau nak kasi tidur… rupa-rupanya kalau dodoi slow anak ingat ajak main!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*