“Saya hanya kenal dia sebagai pelawak dan artis sahaja” – Adik Heliza Helmi terkejvt g0sip kena lamar Shuib…

TIADA angin tiada r1but tiba-tiba nama adik kepada pelakon Datin Seri Heliza Helmi iaitu Hazwani Helmi dikaitkan dengan pelawak Shuib.

Mengakui terkejvt mendengar g0sip berkenaan, Hazwani atau nama sebenar Nur Hazwani Afiqah Helmi, 25, berkata khabar angin itu adalah tidak benar.

“Terkejvt macam mana wujud g0sip itu… memang tak benar sama sekali. Rasanya Shuib pun terkejvt agaknya sebab kami memang tak pernah berjumpa, tak pernah berhubung dan tak pernah ada urusan.

“Semasa saya dapat tahu berita ini saya baru balik kelas, ada orang tag di Instagram… tertanya bila masa pula kena kaitkan dengan Shuib ni? Terkejvt tapi tak ada la ambil masa lama sangat sebab tahu benda ni tak betul.

“Saya hanya kenal dia sebagai pelawak dan artis sahaja, tak kenal secara peribadi,” katanya kepada mStar.

Hazwani dan Heliza terkejvt apabila mengetahui go0sip berkenaan di media sosial.

Hazwani ditemui semasa pelancaran filem Road To Heaven yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), Ampang, Kuala Lumpur pada Selasa.

Menerusi laporan media pada Januari lalu, nama Hazwani tiba-tiba menjadi sebutan ntizen apabila dikatakan sedang mengenali bapa tunggal anak empat itu.

Tak tahulah orang reka ke apa cerita itu… zaman sekarang ni apa-apa g0sip kena tap1s dulu

HAZWANI HELMI

PELAKON

Tampil menafikan gosip berkenaan, Shuib mengakui terkejut apabila mengetahui khabar angin tersebut dan memberitahu tidak mengenali Hazwani secara peribadi.

“Saya tidak pernah berjumpanya (Hazwani). Jadi, macam mana pula kami boleh dikaitkan?” komen Shuib.

Hazwani (kiri) dan Heliza bakal membintangi filem Road To Heaven.

Sementara itu, Hazwani yang juga merupakan aktiv1s kemanus1aan ini meminta netizen menapis terlebih dahulu sebarang berita yang diterima di media sosial.

“Tak tahulah orang reka ke apa cerita itu… zaman sekarang ni apa-apa gosip kena tapis dulu.

“Perjalanan saya pun jauh lagi, sekarang ni pun tengah sibuk dengan pengajian sarjana muda. Apa-apa pun saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua pihak,” ujar penuntut bidang psikologi di sebuah universiti awam ini.

Dalam perkembangan lain, Hazwani bersama Heliza bakal membintangi filem Road To Heaven yang bakal menjalani penggambaran di Palest1n pada Jun depan.

Sumber: mStar

Be the first to comment on "“Saya hanya kenal dia sebagai pelawak dan artis sahaja” – Adik Heliza Helmi terkejvt g0sip kena lamar Shuib…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*