“Menggelupor Nak Cari Publisiti” Vir4l Video Cikgu ‘Interview’ Pelajar Susah, Dikcam Ntizen Sebab Ni.

Baru-baru ini, seorang guru ada memuat naik di Facebook sebuah video menunjukkan salah seorang pelajarnya di tepi padang sekolah.

Menerusi rakaman itu, guru terbabit bertanyakan soalan kepada pelajar berkenaan kerana sering tidak memakai baju sukan.

Guru wanita berkenaan juga didengari bertanya tentang pekerjaan ibu bapa sebelum memberitahu dia akan membelikan pakaian sukan buat pelajar lelaki terbabit.

Difahamkan, guru tersebut membuat video itu selepas tertanya-tanya mengapa pelajarnya tidak pernah pakai baju sukan setiap kali subjek PJK, sejak 2 bulan dia mengajar.

Bagaimanapun, video itu yang dimuat naik semula oleh seorang individu di Twitter telah mendapat kec4man ramai ntizen.

Menerusi satu thread, seorang ntizen mempersoalkan tentang etika guru terbabit kerana tidak menjaga privasi pelajar berkenaan.

Cikgu tahu kan tak boleh rakam? Tahu nak v1ral nak tolong, tapi budak tu tak perlu diletakkan dalam situasi ini.”

Ramai ntizen lain dilihat turut sama tidak bersetuju dengan guru berkenaan yang did4kwa tidak profesional serta membuat content dan menyebarkan muka pelajarnya.

Bagaimanapun, ada segelintir yang berpendapat ianya bukanlah suatu hal yang perlu diperbesarkan dan video seperti itu perlu diterima secara positif.

Sumber : beautifulnara

Be the first to comment on "“Menggelupor Nak Cari Publisiti” Vir4l Video Cikgu ‘Interview’ Pelajar Susah, Dikcam Ntizen Sebab Ni."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*