Jangan Berlagak Diva, Fasha Sandha Ded4h Sesuatu Pasal Adiknya.

ENGGAN nama baik terjejas, pelakon Fasha Sandha sentiasa berpesankan kepada adiknya, Elisya Sandha agar menjaga disiplin di lokasi penggambaran.

Selain itu, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan berkata, sikap merendah diri dan berkongsi rezeki dengan kru produksi perlu diambil berat agar disenangi ramai.

Selain itu, Fasha turut berpesan kepada Elisya agar sentiasa merendah diri dan berkongsi rezeki dengan kru penggambaran.

“Saya selalu ingatkan Elisya supaya jaga waktu. Jika dia terlambat, dia akan memberi kesan kepada nama saya.

“Tetapi Alhamdulillah, Elisya sangat mendengar kata. Saya juga selalu berpesan kepadanya supaya jangan berlagak diva.

“Ada rezeki lebih belanja kru makan. Itu cara juga untuk disenangi ramai,” kata Fasha kepada mStar.

Saya juga selalu berpesan kepadanya supaya jangan berlagak diva.
FASHA SANDHA
PELAKON

Isteri kepada aktor Aidil Aziz ini sememangnya dikenali sebagai selebriti yang sentiasa menepati masa dan disenangi orang dalam industri.

16 tahun dalam industri, pelakon drama Khilaf Asmara ini sentiasa memastikan dirinya mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak produksi.

“Alhamdulillah, saya tidak pernah lewat sepanjang tempoh 16 tahun dalam kerjaya seni. Mungkin kerana saya bermula sebagai seorang model sejak usia 18 tahun.

“Ketika itu, kebanyakan ‘call time’ bermula sekitar 4 atau 5 pagi. Orang sedap tidur kami sudah mula bertugas memulakan solekan dan sebagainya.

“Mungkin sudah terbiasa dan terbawa-bawa sampailah sekarang. Saya suka bermula awal pagi. Walaupun saya pulang lewat macam mana pun dan tak cukup tidur, saya tetap akan cuba bangun awal,” ujarnya.

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Jangan Berlagak Diva, Fasha Sandha Ded4h Sesuatu Pasal Adiknya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*