“Hidung Mahal Tuu…,” – [VIDEO] Genap 3 Minggu Berp4ntang, Wanita K3rdil Ded4h Wajah Comel Bayl Sulung

Baru-baru ini, wanita bertvbuh genit, Syakila Norazma­ yang pernah tular di media sosial selamat melahirkan cahaya mata lelaki dipercayai di sebuah hospital di Terengganu.

Wanita yang mesra disapa Yaya itu meluahkan rasa syukur apabila proses kelahiran bay1 sulung seberat 2.35 kilogram (kg) itu berjalan dengan lancar.

Terbaharu menerusi laman instagram miliknya, Yaya akhirnya memuat naik wajah comel bayi yang diberi nama Muhammad Ayden Adrian buat tatapan umum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @buyaaaa


Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 20.3k tontonan, 4.6k likes dan pelbagai komen dari ntizen teruja melihat wajah comelnya selain menitipkan doa agar bay1 tersebut membesar jadi seorang anak yang soleh.

Sebelum ini, kisah Yaya menjadi perhatian ntizen apabila menyifatkan suaminya yang berusia 20 tahun itu dipuji kerana tidak memandang rupa paras atau keadaan fizikal wanita berkenaan.

Difahamkan, mereka berkenalan menerusi permainan secara dalam talian selepas beberapa bulan mengenali hati budi masing-masing.

Komen ntizen:

‘Tiada yang mustahil dengan kuasa ALLAH’
NORHASPIDA YATIM

HULU TERENGGANU – Tiada yang mustahil dengan kuasa ALLAH SWT. Itu luahan wanita kerd1l, Syakila Norazma Amira Zuharsema, 28, yang selamat melah1rkan bay1 sulung seberat 2.35 kilogram (kg) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 25 Januari lalu.

Bayi lelaki dinamakan Muhammad Ayden Adrian dilahirkan secara pembedahan sebulan lebih awal daripada tarikh jangkaan iaitu pada 25 Februari depan.

“Saya sendiri tidak percaya mampu mengandung dan melah1rkan bayi kerana fizikal yang tidak sama seperti individu lain yang normal.

“Saya bersyukur sangat sebab sepanjang proses keham1lan dan melah1rkan bay1, saya tiada mengalami sebarang masalah, cuma memerlukan pemantauan lebih rapi,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kampung Pengkalan Ajal di sini.

Syakila Norazma Amira atau lebih mesra digelar Yaya kini berpantang dan dijaga ibu mentuanya, Rohaya Megat Hamid, 53.

“Tiada apa yang mampu diucapkan, saya bersyukur dan berterima kasih kerana dikurniakan suami yang penyayang, keluarga yang banyak menyokong terutama ibu yang membantu saya sepanjang keham1lan dan bersalin,” katanya.

Kisah perkahwinan Syakila Norazma Amira yang merupakan seorang wanita kerdil seberat 18kg dengan ketinggian 118 sentimeter (cm) dan suaminya, Muhammad Azri Zaidi, 20, sebelum ini tular di media sosial.

“Saya akui ada menerima banyak komentar daripada warganet termasuk yang mempersoalkan sama ada saya mampu atau tidak melahirkan zuriat.

“Waktu itu, saya hanya pasrah dan berserah pada ALLAH SWT. Bagi saya, tiada apa yang mustahil jika diizinkan ALLAH SWT,” katanya yang mula hamil pada Jun tahun lalu.

Syakila Norazma Amira dan suami melangsungkan perkahwinan pada 18 Mac 2021 selepas berkenalan menerusi permainan dalam talian, PUBG.

Pasangan itu dikenali ramai melalui video dimuat naik melalui aplikasi TikTok serta Instagram yang memaparkan perjalanan kehidupan mereka.

Sumber: instagram buyaaa

Be the first to comment on "“Hidung Mahal Tuu…,” – [VIDEO] Genap 3 Minggu Berp4ntang, Wanita K3rdil Ded4h Wajah Comel Bayl Sulung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*